Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran jejas California pascakemar­au

Situasi genting di negeri pantai barat AS itu diburukkan gelombang panas melampau

-

LOS ANGELES: Kebakaran hutan besar yang pertama selepas berakhirny­a kemarau lima tahun di California marak di sekitar wilayah kelmarin, ketika negeri pantai barat Amerika Syarikat (AS) itu dibelenggu gelombang panas yang mengatasi rekod.

Kira-kira 3,000 orang anggota bomba telah berdepan beberapa kebakaran dengan suhu tiga angka direkodkan di kawasan lembah dan pedalaman.

Satu kebakaran hutan di kaki bukit Sierra Nevada di utara Sacramento hanya dua peratus dikawal setakat awal petang dan telah memusnahka­n 10 rumah, membakar 2,000 ekar hutan dan menyebabka­n pemindahan serta penutupan jalan.

Jabatan Perhutanan California dan Perlindung­an Kebakaran (CalFire) menyatakan lima orang penduduk dan seorang anggota bomba telah mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu satu kebakaran yang memaksa pemindahan di San Luis Obispo County bertambah tiga kali ganda dari pagi kelmarin kepada 19,000 ekar pada sebelah petangnya.

Ditambahka­n dengan angin kering dan panas, hanya 10 peratus berjaya dikawal, menurut CalFire.

Kira-kira 17 kebakaran hutan di beberapa wilayah terlibat telah membakar di California kelmarin, dari Taman Hutan Six Rivers di utara kepada Taman Negara San Bernardino di timur Los Angeles.

Satu amaran bagi keadaan panas yang keterlalua­n telah dilanjutka­n sehingga jam 11 malam waktu tempatan bagi sebahagian besar di selatan California, dengan rekod suhu telah dipecahkan di seluruh wilayah.

Luar bandar Los Angeles kekal dengan rekod 1954 bagi 36 darjah Celsius, sementara subbandar Woodland Hills di barat laut bandar mencatat 43 darjah Celsius, melebihi rekod 42 darjah Celsius yang dicatatkan pada 2006.

Perkhidmat­an Cuaca Negara (NWS) menyatakan di dalam satu kenyataan gelombang panas mungkin berterusan hingga semalam.

“Suhu panas akan membentuk satu situasi berbahaya di mana terdapat satu ancaman yang meningkat bagi penyakit berkaitan dengan kepanasan apabila suhu dijangka antara 38 hingga 43 darjah Celsius di bahagian pedalaman barat daya California.

NWS percaya gelombang haba berpunca daripada sistem tekanan tinggi yang kuat berpusat di kawasan gurun barat daya, justeru tidak menolak kemungkina­n ia akan berterusan hingga semalam.

Gabenor California Jerry Brown pada April mengumumka­n penamat rasmi kemarau di negeri itu sejak lebih lima tahun lalu.

Namun beliau memastikan keperluan melaporkan air, termasuk sekatan terhadap amalan seperti menyiram tanaman semasa atau selepas hujan serta menyembur air di atas jalan.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENGGUNA jalan raya meredah haba panas ketika kebakaran ‘Wall Fire’ marak di sepanjang Jalan Forbestown di Oroville, California.
— Gambar AFP PENGGUNA jalan raya meredah haba panas ketika kebakaran ‘Wall Fire’ marak di sepanjang Jalan Forbestown di Oroville, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia