Utusan Borneo (Sabah)

Kemusnahan akibat bencana alam jejas Jepun

-

TOKYO: Angka kematian akibat hujan lebat dan banjir di bahagian selatan Jepun telah meningkat kepada 18 orang, menurut pegawai semalam, ketika pasukan penyelamat meneruskan usaha mereka mencari mangsa terselamat.

Beberapa kawasan di Kyushu, kawasan paling selatan daripada empat pulau utama Jepun, musnah selepas air sungai melimpah dan hujan lebat menenggela­mkan jalan raya, rumah dan sekolah sepanjang minggu ini.

Ribuan dipindahka­n ke rumah perlindung­an sementara di gim sekolah dan bangunan awam, namun ramai masih terkandas, dengan perkhidmat­an kecemasan berusaha meredah lumpur tebal dan hujan untuk mendapatka­n mereka.

Lebih 500 penduduk masih terputus hubungan hingga semalam, lapor pihak penyiaran awam NHK, dengan jambatan runtuh dan kawasan ditenggela­mi air di tepi bukit menjejaska­n usaha menyelamat.

Kerajaan berusaha sedaya upaya mencari mereka yang hilang atau terkandas, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga menyatakan pada sidang media mengejut hujung minggu.

Pegawai wilayah Fukuoka dan Oita menyatakan kira-kira 18 orang disahkan mati manakala 27 lagi masih hilang atau mungkin tidak dapat dihubungi.

Lima mangsa kini dalam keadaan kritikal, menurut Suga, dengan pihak kerajaan masih mencuba bagi memastikan sama ada kecederaan mereka akibat cuaca buruk.

Rakaman televisyen menun-jukkan beberapa helikopter penyelamat terkandas di lapangan sementara setelah gagal terbang kerana hujan lebat, sementara penduduk mendoakan keselamata­n anggota keluarga mereka.

Hujan sehingga lebih 50 sentimeter menenggela­mkan beberapa bahagian di Kyushu dalam masa 12 jam sejak Rabu lepas, mendesak Agensi Meteorolog­i Jepun memberi amaran kemungkina­n kemusnahan akibat bencana alam.

Hujan berterusan sejak itu, dengan penurunan sebanyak 22 sentimeter direkodkan di Fukuoka sepanjang tempoh 72 jam lepas.

Agensi cuaca di Jepun semalam memberi amaran hujan lebat berterusan dan gelongsora­n lumpur di utara Kyushu.

Rakaman televisyen dari udara menunjukka­n penduduk terdesak di satu kawasan terpencil menggunaka­n pokok yang tumbang untuk mengeja ‘SOS’ bagi mendapatka­n perhatian penyelamat.

Pokok tumbang menimpa rumah di Asakura yang menyaksika­n hujan lebat dalam tempoh 12 jam.

“Ibu bapa saya masih terperangk­ap bersama 16 yang lain di kawasan Kurogawa dan saya langsung tidak mempunyai maklumat mengenai situasi di sana,” keluh penduduk Asakura Kayoko Ishibashi, merujuk kepada sebuah daerah di bandar raya itu.

“Sehubungan itu, saya hanya mampu menunggu di sini dengan harapan mereka akan diselamatk­an dengan helikopter.

“Semua yang berada di sini turut mengharapk­an perkara yang sama,” katanya.

Kerajaan mengerah kirakira 12,000 anggota polis, tentera, bomba dan pengawal pantai untuk operasi menyelamat.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KEADAAN di sekitar gunung di kawasan banjir di Asakura, semalam yang mengalami tanah runtuh.
— Gambar AFP KEADAAN di sekitar gunung di kawasan banjir di Asakura, semalam yang mengalami tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia