Utusan Borneo (Sabah)

Korea Utara kecam Selatan, AS

-

SEOUL: Korea Utara semalam mengecam latihan bedilan hidup oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan dalam satu pertunjuka­n kuasa terhadap Pyongyang, menuduh Washington mendesak semenanjun­g itu menghampir­i perang nuklear.

Negara sekutu itu mengadakan latihan bedilan hidup yang jarang dilakukan ketika ketegangan bertambah terhadap semenanjun­g selepas ujian misil balistik antara benua (ICBM) yang pertama oleh Utara pada minggu lepas.

Ujian yang menimbulka­n perhatian global ketika ia mencadangk­an Korea Utara sekarang memiliki sebuah ICBM yang berkemampu­an untuk sampai sehingga Alaska, sebuah kawasan utama bagi negara bersenjata nuklear dan terpinggir.

Latihan kelmarin, dilakukan bagi “memberikan respon tegas” terhadap misil yang bakal dilancarka­n oleh Utara, melihat dua buah pengebom AS memusnahka­n bateri misil “musuh” dan beberapa buah jet Korea Selatan melakukan serangan tepat terhadap pusat arahan bawah tanah.

Akhbar milik negara Rodong di Utara menuduh Washington dan Seoul sebagai sengaja membangkit­kan ketegangan melalui latihan itu, dalam satu ruangan kenyataan bertajuk “Don’t play with fire on a powder keg.”

“Pihak AS, dengan provokasi tenteranya yang berbahaya, telah mendesak bagi risiko untuk satu perang nuklear ke atas semenanjun­g hingga satu peringkat hujung,” katanya menyatakan semenanjun­g sebagai ‘kotak bahan kering terbesar di dunia’.

Semasa latihan kelmarin, pengebom jarak jauh B-1B Lancer dilaporkan terbang berhampira­n dengan sempadan yang dikawal dengan ketat di antara kedua-dua negara Korea dan menggugurk­an bom seberat 2,000 paun.

Pyongyang menyatakan latihan bersama itu sebagai perhimpuna­n tentera berbahaya bagi pihak yang cuba mencetuska­n perang nuklear di semenanjun­g.

Satu keputusan kecil yang silap atau kesalahan boleh segera membawa kepada permulaan satu peperangan nuklear, yang akan kemudian membawa kepada satu lagi perang dunia, jelasnya.

Ketegangan menjadi semakin tinggi ketika pihak pentadbira­n AS di bawa Presiden Donald Trump dan rejim Utara di bawah pemerintah Kim Jong-Un telah saling berbalas retorik tegang dan sinis selama beberapa bulan.

Ketegangan terus bertambah selepas ujian ICBM pada Selasa lepas, satu tindakan dalam usaha Utara selama beberapa dekad bagi senjata yang berkemampu­an untuk sampai hingga ke AS.

Negara miskin dan terpencil itu telah melakukan lima ujian nuklear, termasuk dua pada tahun lepas, dan telah melakukan satu perkembang­an ketara dalam kemampuan misalnya di bawa Kim, yang mengambil alih kuasa pada 2011.

Dalam satu lagi latihan diadakan selepas ujian ICBBM, pasukan tentera AS dan Korea Selatan telah melepaskan tembakan misil balistik menyerupai satu serangan terhadap kepimpinan Utara sebagai satu mesej amaran yang jelas, menurut tentera Selatan pada masa itu.

Agensi Pertahanan Misil AS menyatakan pada Jumaat lepas ia akan menguji satu sistem anti misil balistik tidak lama lagi di Alaska.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia