Utusan Borneo (Sabah)

Mesir bunuh 14 suspek anggota IS

-

KAHERAH: Pihak polis Mesir menyatakan mereka membunuh 14 suspek anggota kumpulan Islamic State (IS) kelmarin dalam satu serbuan ke atas sebuah kem latihan, sehari selepas pelampau melancarka­n serangan maut ke atas anggota tentera.

Majlis pengebumia­n diadakan di seluruh negara untuk sekurang-kurangnya 21 anggota tentera yang terkorban dalam serangan pada Jumaat lalu di utara Semenanjun­g Sinai, salah satu serangan paling teruk ke atas tentera sejak beberapa tahun.

Kementeria­n dalam negeri menyatakan anggota polis menyerbu sebuah kem latihan di gurun wilayah timur Ismailiya dan membunuh 14 suspek.

Sekurang-kurangnya lima daripada mereka dikehendak­i atas dakwaan menyertai IS, menurutnya.

IS mengetuai keganasan berdarah yang telah mengorbank­an ratusan anggota polis dan tentera sejak pihak tentera mengguling­kan presiden Islamis Mohamed Morsi pada 2013 dan membantera­s para penyokongn­ya.

Pihak pelampau pada Jumaat lepas telah menyerang beberapa pusat pemeriksaa­n tentera dan polis di Sinai dengan bom kereta dan tembakan sengit dalam serangan yang dirancangk­an, di mana IS kemudian telah mengaku bertanggun­gjawab dalam satu kenyataan.

Pihak tentera menyatakan mereka telah membunuh 40 penyerang, namun 26 anggota turut maut atau cedera.

Pegawai wilayah dan kesela-matan menyatakan upacara pengebumia­n telah diadakan bagi sekurang-kurangnya 21 anggota tentera.

Kumpulan selain IS turut melancarka­n serangan di Mesir yang menyasari anggota polis dan hakim.

Pada Jumaat lepas, penyerang bersenjata menembak seorang pegawai Perkhidmat­an Keselamata­n Negara ketika mangsa meninggalk­an kediamanny­a di utara Kaherah, sekali gus menyebabka­n kematianny­a.

Kumpulan militan Hasam mengaku bertanggun­gjawab dalam kejadian itu.

Sementara itu, kementeria­n dalam negeri kelmarin menyatakan pihak polis telah membunuh dua anggota kanan Hasam dalam satu kejadian tembakan berhampira­n Kaherah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia