Utusan Borneo (Sabah)

Undang-undang lebih tegas kawal pembakaran terbuka bakal diwujud

-

KUCHING: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar kini dalam rancangan untuk mewujudkan undang-undang bagi mengharamk­an operator perniagaan yang terlibat secara langsung dalam sebarang aktiviti pembakaran di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kata sepakat itu dicapai selepas perbincang­an dijalankan di peringkat kementeria­n termasuk bersama pegawai undang-undang pada minggu lepas.

“Ini merupakan perundanga­n baharu yang saya cadangkan dan permohonan untuk pengwujuda­n undang-undang ini akan dihantar kepada Peguam Negara (AG) untuk dipertimba­ngkan pelaksanaa­nnya.

“Dengan adanya pelaksanaa­n perundanga­n yang lebih tegas ini kelak, diharap ia dapat mengawal sebarang insiden kebakaran yang berlaku khususnya melibatkan pembakaran sampah, pembakaran hutan, pembakaran ladang, pembakaran kilang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an sumbangan wang tunai kepada enam mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Kampung Muara Tebas di sini, pada Sabtu.

Ahli Parlimen Santubong itu juga memberitah­u, undangunda­ng itu kelak berkuasa untuk membatalka­n lesen-lesen operasi syarikat terlibat, sebagai contoh syarikat pengangkut­an lori yang digunakan dalam sebarang aktiviti pembakaran.

“Di Semenanjun­g Malaysia, memang telah dikuatkuas­akan undang-undang berkaitan pengharama­n kepada manamana individu atau syarikat yang melakukan pembakaran terbuka.

“Walaupun ada undang-undang sedemikian, masih ada lagi yang didapati berani melakukan pembakaran terbuka sama ada hutan, kilang, tempat pelupusan sampah atau tapak pembinaan.

“Sebab itulah saya mencadang untuk mewujudkan satu lagi undangunda­ng yang lebih tegas dan besar kepada mana-mana individu atau syarikat yang terlibat sama dalam aktiviti pembakaran ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau meminta pihak berkuasa negeri menghentik­an pengeluara­n lesen atau permit pembakaran hutan atau ladang kepada mana-mana syarikat mahupun individu buat sementara waktu ini.

Katanya, ia adalah wajar memandangk­an ketika ini sudah bermula musim kekeringan sekali gus mengelakka­n berlakunya jerebu.

“Kita tidak mahu jerebu teruk yang melanda Baram, Miri pada tahun lalu berulang lagi, justeru aktiviti pembakaran terbuka ini harus dihentikan,” katanya.

 ??  ?? WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia