Utusan Borneo (Sabah)

25 saman dikeluar dalam operasi di Miri

50 kenderaan diperiksa sepanjang sekatan jalan raya di Marina Bay dan Bulatan Kipas

-

MIRI: Sebanyak 25 saman pelbagai kesalahan dikeluar kepada pemandu kenderaan dalam Ops Bersepadu di Jalan Marina Bay dan Jalan Bulatan Kipas, di sini, pada Jumaat malam.

Dalam operasi bermula jam 9.30 malam itu, semua saman berkenaan dikeluar polis kerana didapati melanggar syarat sah undang-undang jalan raya.

Ketua Polis Daerah (KDP) Miri ACP Lim Meng Seah berkata sebanyak 50 kenderaan diperiksa sepanjang sekatan jalan raya dijalankan.

“Daripada jumlah tersebut, 10 saman melibatkan kesalahan motosikal, tujuh tidak memiliki lesen dan tiga lagi tidak mempunyai pelekat cukai jalan motosikal.

“Manakala 15 saman lagi dikeluarka­n bagi kesalahan melibatkan kereta membabitka­n tiga pemandu tiada lesen manakala 12 lagi didapati tamat tempoh cukai jalan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, pada Sabtu.

Menurut Lim lagi, semua saman ini terkandung di bawah Saman POL. 257 iaitu saman dikeluar secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.

Lim turut serta dalam operasi tersebut berkata, pihaknya turut menjalanka­n operasi rondaan pencegahan jenayah di taman perumahan antaranya kawasan Piasau Garden, Pujut, Taman Hillstone dan Taman Tunku.

“Daripada jumlah tersebut, 10 saman melibatkan kesalahan motosikal, tujuh tidak memiliki lesen dan tiga lagi tidak mempunyai pelekat cukai jalan motosikal.” ACP LIM MENG SEAH Ketua Polis Daerah Miri

 ??  ?? POLIS mengadakan sekatan jalan raya di kawasan Marina Bay.
POLIS mengadakan sekatan jalan raya di kawasan Marina Bay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia