Utusan Borneo (Sabah)

Pelaut tempatan harus kuasai BI agar mampu saingi pelaut asing

-

SIBU: Pelaut tempatan digesa supaya menguasai bahasa Inggeris agar mampu bersaing dengan pelaut luar negara dan meluaskan kerjaya ke peringkat global.

Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak) Mohammad Marzuki Brahim berkata kerjaya sebagai pelaut kini bukan hanya tertumpu kepada indsutri perkapalan sahaja malah turut terlibat dalam industri hiliran seperti minyak serta gas dan pelabuhan.

Menurut beliau, pelaut negara bukan sahaja bersaing dengan pelaut tempatan, malah turut bersaing dengan pelaut asing seperti dari Myanmar, Filipina, India dan Indonesia.

“Industri laut kini sangat luas, dan keadaan ini menyebabka­n kita terpaksa bersaing dengan pelaut negara asing. Oleh kita memerlukan bahasa Inggeris untuk bersaing dengan pelaut asing termasuk negara Indonesia, Myanmar dan India.

“Pelaut tiga negara ini telah mula membangunk­an diri bersaing sebagai pelaut. Kita tidak boleh melihat pelaut dari negara Filipina kerana mereka telah pergi lebih jauh,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis Penyampaia­n Sijil Lulusan Daripada Penarafan Kejurutera­an Marin & Pegawai Dek Laut 2017 Pelita Maslaut Sdn Bhd (PMSB) di Dewan Kompleks Islam Sibu, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan PMSB Masni Amit, Pengurus Besar PMSB Mohamad Nazim Masni dan Pengarah Kumpulan PMSB Haminah Abon.

Beliau berkata, industri perkapalan negara mempunyai perjanjian di bawah konvensyen STCW 1995 di mana sijil pelaut yang telah diiktiraf layak diguna di seluruh dunia.

Melalui pemilikan sijil ini, ia mambolehka­n para pelaut tempatan bekerja di atas kapal negara lain atau di tempat lain, sebagai mana negara asing mampu bekerja di negara ini.

“Dalam industri pelaut, kita adalah pemegang sijil perakuan kecekapan (COC).

“Sehubungan itu, untuk mampu bersaing dengan pelaut asing, kita memerlukan satu bahasa standard iaitu Bahasa Inggeris,” katanya sambil menambah bahawa Jabatan Laut mempunyai yarat tertentu mengawal pelaut yang bekerja di atas kapal.

Di samping itu, Marzuki memberitah­u, kerjaya sebagai pelaut yang suatu ketika dahulu dimonopoli oleh golongan lelaki kini telah dikongsika­n bersama dengan golongan wanita.

Beliau berkata, dunia telah berubah di mana ramai golongan wanita mula menceburi kerjaya sebagai pelaut dan terdapat golongan wanita memegang jawatan pegawai dalam industri laut.

“Di mana letaknya golongan lelaki untuk bekerja sebagai pelaut masa hadapan, itu kita kena fikirkan sekarang. Supaya kita dapat menguasai pekerjaan sebagai pelaut dan seterusnya memajukan industri maritim,” ujarnya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan seramai 18 penerima menerima Sijil Lulusan Penarafan Kejurutera­an Marin dan lapan penerima menerima Sijil Pegawai Dek Laut yang disampaika­n oleh Marzuki.

Marzuki turut menyampaik­an Anugerah Cemerlang Penarafan Kejurutera­an Marin kepada Aholiab Tuban Ali dan Anugerah Warisan Penarafan Kejurutera­an Marin kepada, Ignatius Canisius Anak Tonison.

 ??  ?? MARZUKI menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima, sementara Nazim (kiri), Masni (tengah) dan yang lain melihat sama.
MARZUKI menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima, sementara Nazim (kiri), Masni (tengah) dan yang lain melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia