Utusan Borneo (Sabah)

Pedalaman belasah Selatan 27–10

Perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Sabah 2017

- Oleh SALMAN ABADI

“Kita berharap MSS Sabah dapat menghantar ketiga-tiga pasukan pada kejohanan MSSM tahun ini.

SIPITANG: Pasukan Pedalaman membelasah Selatan dengan jaringan 27–10 pada perlawanan pembukaan bagi kategori bawah 18 tahun pada Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolahsek­olah (MSS) Sabah 2017 yang berlangsun­g di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengiran Omar II, di sini, pada Jumaat.

Kejohanan tiga hari itu dianjurkan oleh Unit Sukan, Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang (Bahagian Pedalaman).

Pegawai Unit Sukan JPN Sabah yang juga Penyelaras Sukan Bola Jaring MSS Sabah Abd Hakim Awang Ali berkata seramai 216 orang pemain (pelajar) dari 18 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan itu membabitka­n tiga kategori umur iaitu bawah 12, 15 dan 18 tahun.

Katanya, kesemua enam bahagian masing-masing menghantar tiga pasukan penuh (12, 15 dan 18 tahun) iaitu Bahagian Utara, Barat, Sandakan, Tenggara, Selatan dan Pedalaman.

Menurutnya, kejohanan itu merupakan salah satu daripada 24 jenis sukan yang dipertandi­ngkan berdasarka­n takwim atau kalendar sukan tahunan MSS Sabah dan MSSM.

Beliau berkata, ia juga merupakan sebahagian daripada program pendidikan melalui aktiviti kokurikulu­m dalam bidang sukan permainan, selaras dengan dasar ‘1Murid 1Sukan’ dan perpaduan melalui kokurikulu­m.

Selain itu katanya, kejohanan itu pastinya menjadi medan pemilihan pemain terbaik untuk mewakili pasukan MSS Sabah ke Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolahsek­olah Malaysia (MSSM) peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kedah Darul Aman pada 10 – 12 Ogos depan.

Abd Hakim menjelaska­n, pihaknya berhasrat menghantar tiga pasukan (bawah 12, 15 dan 18 tahun) ke kejohanan MSSM itu nanti melibatkan kontinjen seramai 50 orang, termasuk 36 pemain (pelajar), jurulatih dan pegawai kontinjen.

Katanya, pada kejohanan MSSM tahun lalu (2016), MSS Sabah hanya menghantar satu pasukan iaitu bagi kategori bawah 12 tahun dan berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan menduduki tempat ke-4 keseluruha­n daripada 14 pasukan negeri yang mengambil bahagian.

“Kita berharap MSS Sabah dapat menghantar ketigatiga pasukan pada kejohanan MSSM tahun ini,” katanya sambil optimis para pemain bola jaring MSS Sabah amat berpotensi untuk bersaing dan mencapai kemenangan pada kejohanan MSSM di Kedah.

“Mereka (pemain) mempunyai kemahiran (skill), saiz fizikal dan ketinggian badan yang sesuai, stamina yang mantap dan berpotensi,” ujarnya.

Apa yang perlu katanya ialah masa latihan pusat yang mencukupi di Kota Kinabalu sebelum bertolak ke Kedah pada 8 Ogos nanti.

“Ini penting untuk membentuk persefaham­an dan keserasian sepasukan kerana para pemain yang dipilih adalah gabungan dari enam pasukan (bahagian) di Sabah,” katanya sambil berharap latihan pusat dapat diadakan lebih awal daripada tarikh asal 4 Ogos seperti yang dijadualka­n.

Bagaimanap­un, katanya, keputusan muktamad sama ada kesemua tiga pasukan bola jaring MSS Sabah dihantar menyertai kejohanan MSSM di Kedah akan diputuskan oleh pihak pengurusan tertinggi JPN Sabah.

Pada kejohanan itu, beliau menyempurn­akan gimik perasmian pembukaan bagi perlawanan itu.

Hadir sama ialah Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang Haji Adnan Osman dan Pengerusi Teknik dan Pembanguna­n Sukan (PTPS) Bola Jaring MSS Sabah, Bibiana Ceril Pakang.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu akan disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Sipitang yang juga Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Haji Ahmad, jam 2 petang ini (10 Julai).

ABD HAKIM AWANG ALI Pegawai Unit Sukan JPN Sabah

 ??  ?? ABD HAKIM (tengah) melontar bola ke jaring sebagai gimik perasmian pembukaan perlawanan pertama Kejohanan Bola Jaring MSS Sabah 2017 sambil diperhatik­an Adnan (kiri) dan Bibiana (kanan).
ABD HAKIM (tengah) melontar bola ke jaring sebagai gimik perasmian pembukaan perlawanan pertama Kejohanan Bola Jaring MSS Sabah 2017 sambil diperhatik­an Adnan (kiri) dan Bibiana (kanan).
 ??  ?? ABD HAKIM, Adnan dan Bibiana (berdiri tengah) bersama pasukan Pedalaman dan Selatan bergambar kenangan sebelum perlawanan pembuka tirai dimulakan.
ABD HAKIM, Adnan dan Bibiana (berdiri tengah) bersama pasukan Pedalaman dan Selatan bergambar kenangan sebelum perlawanan pembuka tirai dimulakan.
 ??  ?? ABD HAKIM (tiga kiri) bersama Haji Adnan Osman dan sebahagian petugas Urus Setia kejohanan itu di Dewan SMK Pengiran Omar II, Sipitang.
ABD HAKIM (tiga kiri) bersama Haji Adnan Osman dan sebahagian petugas Urus Setia kejohanan itu di Dewan SMK Pengiran Omar II, Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia