Utusan Borneo (Sabah)

Federer, Djokovic melangkah selesa di Wimbledon

Kerber dipaksa bekerja-keras untuk meneruskan kemaraan, berdepan Muguruza pada pusingan keempat

-

LONDON, England: Roger Federer dan Novak Djokovic melangkah selesa ke pusingan 16 akhir sementara pilihan pertama bahagian wanita, Angelique Kerber, dipaksa bekerja-keras untuk meneruskan kemaraan pada kejohanan Wimbledon Sabtu lepas.

Federer, juara tujuh kali kejohanan dari Switzerlan­d, melangkah ke pusingan keempat buat kali ke-15 berturut-turut apabila menewaskan Mischa Zverev dari Jerman 7-6(7/3), 6-4 dan 6-4.

Federer berkata: “Saya berasa sangat gembira untuk mempunyai rehat yang secukupnya menjelang minggu kedua kejohanan yang bermula hari ini,” di mana beliau akan bertemu dengan Grigor Dimitrov.

“Setiap kali saya menentang beliau (Dimitrov), beliau bermain lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sudah pasti bersedia untuk satu lagi cabaran, satu lagi perlawanan menarik kerana beliau memiliki pukulan yang hebat.”

Semua perlawanan pusingan keempat bahagian lelaki dan wanita akan berlangsun­g pada hari Isnin.

Federer, pilihan ketiga kejohanan, disertai Djokovic, yang menewaskan Ernest Gulbis 6-4, 6-1 dan 7-6(7/2).

“Saya berasa gembira dengan prestasi saya. Saya fikir saya berjaya meningkatk­an tahap permainan saya,” kata juara tiga kali kejohanan selepas mengharung­i melangkah ke minggu kedua kejohanan tanpa tewas satu set.

Pemain pilihan kedua kejohanan dari Serbia itu akan bertemu Adrian Mannarino dari Perancis, yang menewaskan rakan senegarany­a yang juga pilihan ke-15, Gael Monfils.

Kerber kelihatan menarik nafas lega selepas mengekalka­n status sebagai pemain nombor satu dunia apabila menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Shelby Rogers 4-6, 7-6(7/2) dan 6-4. Jaguh dari Jerman itu ketinggala­n set pertama dan juga dalam permainan tiebreak set kedua tetapi bangkit berjaya untuk meneruskan kemaraan di mana beliau akan bertemu Garbine Muguruza. “Ia

adalah kemenangan yang sangat penting bagi saya, terutama sekali kerana ia adalah perlawanan yang turun naik,” kata Kerber.

Sam Querrey dari AS, menewaskan Jo-Wilfried Tsonga dengan hanya satu permainan Sabtu lepas dari satu perlawanan tertangguh pada hari Jumaat kerana keadaan terlalu gelap untuk menang 6-2, 3-6, 7-6 (7/5), 1-6 dan 6-5.

Di pusingan keempat, beliau akan bertemu dengan Kevin Anderson dari Afrika Selatan.

Pada perlawanan lain, pilihan keenam dari Kanada, Milos Raonic, yang tewas di final tahun lepas, menewaskan Albert Ramos-Vinolas, pilihan ke-25 dari Sepanyol 7-6(7/3), 6-4 dan 7-5 untuk menempah pertemuan menentang Alexander Zverev, pemain pilihan ke-10 dari Jerman yang menewaskan Sebasian Ofner dari Austria 6-4, 6-4 dan 6-2.

Dimitrov, pemain pilihan ke13 dari Bulgaria, meneruskan kemaraan selepas lawannya, Israeli Sela menarik diri ketika ketinggala­n 6-1 dan 6-1 kerana kecederaan lutut.

Tomas Berdych, finalis 2010, menewaskan David Ferrer untuk menempah pertemuan menentang pilihan kelapan dari Austria, Dominic Thiem.

Bekas pemain nombor satu dunia wanita, Caroline Wozniacki dari Denmark, bangkit dari ketinggala­n sebelum

“Saya berasa sangat gembira untuk mempunyai rehat yang secukupnya menjelang minggu kedua kejohanan yang bermula hari ” ini. Roger Federer Jaguh tenis dari Switzerlan­d

menewaskan Anett Kontaveit dari Estonia 3-6, 7-6(7/3) dan 6-2.

Dengan kemenangan itu, pemain pilihan kelima kejohanan itu akan menentang pilihan ke-23, Coco Vandeweghe dari AS, yang menewaskan rakan senegarany­a, Alison Riske 6-2 dan 6-4.

Agnieszka Radwanska, finalis 2012, juga bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan pilihan ke-19, Timea Bacsinszky dari Switzerlan­d 3-6, 6-4 dan 6-1.

Pemain pilihan kesembilan dari Poland itu akan menentang pilihan kelapan dari Rusia, Svetlana Kuznetsova, yang menewaskan Polona Hercog dari Slovenia 6-4 dan 6-0.

 ??  ?? KERBER mempamerka­n aksi bertenaga ketika beraksi pada pusingan ketiga kejohanan Wimbledon di Kelab Seluruh England, London Sabtu lepas. — Gambar Reuters
KERBER mempamerka­n aksi bertenaga ketika beraksi pada pusingan ketiga kejohanan Wimbledon di Kelab Seluruh England, London Sabtu lepas. — Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia