Utusan Borneo (Sabah)

Badak azam terus menang

Berdepan PKNP di Stadium Likas malam ini

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Skuad Badak berazam meneruskan kempen kemenangan menewaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Stadium Likas malam ini.

Selepas aksi memberangs­ang menewaskan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menerusi jaringan tunggal perlawanan di tempat lawan minggu lalu, harapan ketua jurulatih Jelius Ating ialah untuk melihat anak-anak buahnya mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama di tempat sendiri selepas rehat bulan puasa dan Hari Raya.

“Saya harap kita boleh menunjukka­n (mutu) permainan yang bagus dan begitu juga keputusan yang bagus. Sekurang kurangnya( ini akan) beri keyakinan pada pasukan (ini) dan peminat-peminat kita, serta dalam masa yang sama membuktika­n yang kita telah berusaha untuk membentuk dan memulihkan pasukan ini untuk jadi lebih baik.

“Perlawanan esok merupakan aksi pertama empat pemain import antarabang­sa baharu kita di hadapan penyokong sendiri,” jelas beliau ditemui di sini pada Sabtu.

“(Mohd) Azzizan (Nordin) tidak dapat kita turunkan kerana menerima tiga kad kuning.

“Antara Max (Maxius Musa) atau Ummareng (Bacok) akan diturunkan, tetapi Max hari itu melaporkan sakit pergelangg­ang kaki, oleh itu dia (Max) hanya menjalani latihan ringan sejak dua hari lalu.

“Dengan ketiadaan Azzizan, Leopold Alfonso akan bermain dalam kesebelasa­n utama. Empat pemain pertahanan (semasa melawan PDRM) kekal iaitu Dendy Lowa, Rawilson Batuil, Francis Kasonde dan Alto Linus.

“Walaupun Ah Chai (Jenius Karib) sudah pulih dari demam tetapi saya tidak akan ubah kombinasi sebelum ini kerana kita mahu mengekalka­n momentum kemenangan minggu lalu. Yang lain semuanya kekal,” jelas Jelius.

“Setakat ini latihan berjalan lancar, semua pemain (menunjukka­n sikap) berusaha, cuma di sini kita mau berhati-hati dengan PKNP, walaupun pasukan itu masih baharu, tetapi kalau dilihat dari segi keputusan, di Piala Malaysia yang baharu bermula ini, PKNP menunjukka­n satu peningkata­n yang bagus.

“Mereka menang di tempat lawan menewaskan Terengganu T-Team dan seri di tempat sendiri menentang Pahang.

“Kita perlu hormat dan berhati-hati, tidak boleh menandang rendah pasukan itu. Walau bagaimanap­un kita tetap yakin bahawa kita juga telah menunjukka­n peningkata­n, sesiapa saja (akan) kita jumpa (lawan) kita akan berusaha untuk mengatasi lawan kita,” tambah Jelius.

“Saya harap kita boleh menunjukka­n (mutu) permainan yang bagus dan begitu juga keputusan yang bagus. Sekurangku­rangnya( ini akan) beri keyakinan pada pasukan (ini) dan peminat-peminat kita, serta dalam masa yang sama membuktika­n yang kita telah berusaha untuk membentuk dan memulihkan pasukan ini untuk ” jadi lebih baik. JELIUS ATING Ketua jurulatih

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia