Utusan Borneo (Sabah)

AS, Panama terikat 1-1 pada aksi pembukaan Piala Emas CONCACAF

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): AS dan Panama menamatkan permainan dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B kejohanan Piala Emas CONCACAF di Nashville, Tennessee Sabtu lepas.

Dom Dwyer, pemain kelahiran England, menjaringk­an gol buat AS – gol kedua dari beberapa perlawanan untuk negara angkat beliau untuk meletakkan AS di hadapan pada minit ke-50.

Tetapi skuad kendalian Bruce Arena gagal menambah jaringan sebelum Miguel Camargo mengikat kedudukan untuk memastikan dua pasukan terkuat dalam kumpulan itu, selain Martinique dan Nicaragua, berkongsi satu mata.

Pergerakan cantik Kelyn Rowe dari sayap kiri mengumpan bola kepada Dywer, yang menjadi rakyat AS secara sah tiga bulan yang lalu.

Rowe dengan mudah melepasi kawalan Michael Murillo sebelum mengumpan bola yang disempurna­kan oleh Dwyer.

Gol itu membangkit­kan semangat Panama, yang menyaksika­n rembatan Camargo dari jarak jauh menggegar palang dua minit kemudian sebelum satu cubaan Ismael Diaz melambung tinggi selepas tandukan Gabriel Torres ditepis penjaga gol AS, Brad Guzan.

Edgar Barcenas tidak bernasib baik mengikat kedudukan lebih awal sebelum Torres menguji Guzan sekali lagi sebelum Camargo merembat bola muntah untuk mengikat kedudukan.

Tidak banyak cubaan menyusul selepas itu walaupun AS tidak bernasib baik untuk mendapat tendangan penalti apabila kapten Panama, Alejandro Bedoya menjatuhka­n Luis Ovalle dalam kotak penalti.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang dalam separuh masa pertama dengan cubaan pertama datang dari AS seawal minit kelima tetapi rembatan Rowe ditepis penjaga gol Panama, Jose Calderon.

Satu mata dilihat memadai untuk kedua-dua pasukan, yang dijangka akan meneruskan kemaraan dari Kumpulan B.

 ??  ?? PEMAIN Panama, Gabriel Torres (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan AS, Matt Besler pada perlawanan di Stadium Nissan, Nashville Sabtu lepas. — Gambar Reuters
PEMAIN Panama, Gabriel Torres (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan AS, Matt Besler pada perlawanan di Stadium Nissan, Nashville Sabtu lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia