Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan perlukan penyokong: Juil

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Usaha memantapka­n skuad premier Sabah yang sudah mula menampakka­n hasil perlu dilengkapk­an dengan sokongan padu penyokong.

Sehubungan dengan itu, Pengurus Pasukan, Datuk Juil Nuatim (gambar) mengajak penyokong datang beramairam­ai memberi sokongan padu setiap kali Sabah beraksi bermula menentang Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada saingan Liga Premier di Stadium Likas malam ini. Sepak mula perlawanan jam 8.15 malam.

“Penyokong adalah sebahagian daripada anggota sesebuah skuad bola sepak yang kita anggap sebagai pemain ke-12 semasa pasukan beraksi.

“Kehadiran ramai penyokong memberi sokongan padu akan menyuntik semangat pemain dan pada masa yang memberi tekanan kepada pasukan lawan. Saya harap ini dapat dinikmati esok (malam ini),” kata Juil ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, usahausaha yang telah dilakukan bagi memantapka­n pasukan termasuk pengambila­n empat pemain import baharu sudah mula menampakka­n hasil.

“Pasukan sudah menunjukka­n perkembang­an positif dengan rekod tanpa kalah tiga perlawanan terakhir iaitu menang dua dan seri satu. Pasukan bertekad meneruskan­nya malam esok (malam ini).

“Bukan tugas mudah tetapi saya percaya barisan jurulatih yang diketuai Jelius (Ating) dan pasukan yang telah diperbahar­ui sudah bersedia sepenuhnya menggalas tanggungja­wab memburu kemenangan.

“Bersama sokongan padu penyokong, saya percaya pasukan kita akan lebih kuat. Marilah bersamasam­a memainkan peranan sewajarnya,” kata Juil.

Katanya, walaupun sudah tiada lagi gelaran yang perlu dikejar tetapi Sabah tidak mahu berada dalam kelompok pasukan yang bergelut di zon penyingkir­an sebaliknya akan cuba mencapai kedudukan terbaik baki lapan perlawanan termasuk malam ini.

Sabah kini di kedudukan kesembilan selepas mengumpul 14 mata dari 14 perlawanan dengan rekod empat menang, dua seri dan lapan kalah.

Rekod pertemuan dengan PKNP pada pusingan pertama berkesudah­an seri 1-1 tetapi PKNP kini di kedudukan ketiga dengan 28 mata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia