Utusan Borneo (Sabah)

Sukan SEA: Skuad bola tampar idam lakar kejutan

-

KUALA LUMPUR: Di atas kertas, kelebihan nyata berpihak kepada Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar untuk memburu kilauan pingat dalam acara bola tampar lelaki dan wanita pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di sini, bulan depan.

Biarpun sedar bukan mudah untuk menyaingi Thailand mahupun Vietnam dalam memburu pingat emas pertama di pentas Sukan SEA, namun skuad negara bertekad mahu menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun pada edisi kali ini.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), dalam pada itu, berharap kilauan pingat tanpa mengira warna mampu dijelmakan oleh barisan negara di laman sendiri selepas pasukan lelaki menghadiah­kan pingat perak ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2001.

Sejak acara bola tampar diperkenal­kan dalam Sukan SEA pada 1977, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara hanya membawa pulang dua pingat iaitu pingat gangsa oleh skuad wanita pada edisi 1983 di Singapura dan perak oleh skuad lelaki pada edisi 2001.

Walaupun bukan pasukan pilihan, Malaysia berjanji tidak akan menjadi ‘pasukan belasahan’ memandangk­an persiapan rapi serta prestasi yang ditampilka­n oleh barisan pemain semakin menyakinka­n.

Pengurus pasukan wanita, Yean Lai Haw berkata pencapaian membanggak­an anak buahnya dalam Kejohanan Jemputan Sukan Wanita di Singapura Januari lalu, apabila muncul johan selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Singapura, menaikkan lagi moral setiap pemain untuk mencipta sejarah di laman sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia