Utusan Borneo (Sabah)

Polis berkas enam lelaki, selesai sembilan kes jenayah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis Sandakan berjaya menumpaska­n kegiatan individu dan kumpulan terlibat pecah rumah, curi harta benda dan jenayah samun dalam Ops Cantas dan Ops Cegah Jenayah sepanjang Aidilfitri lalu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata ia hasil penahanan enam lelaki terdiri rakyat tempatan dan asing berumur antara 21 hingga 36 tahun.

“Dengan tangkapan itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sandakan berjaya menyelesai­kan sembilan kes, merampas 32 barangan dan sebuah kereta yang digunakan untuk kegiatan jenayah itu,” katanya di sini pada Isnin.

Azhar berkata hasil pemeriksaa­n ke atas semua tangkapan mendapati kesemua mereka positif menggunaka­n dadah jenis methamphet­amine (syabu).

Katanya, kejayaan itu adalah hasil kerjasama masyarakat menyalurka­n maklumat kepada polis.

Dalam kes pertama, dua suspek rakyat tempatan berumur 21 hingga 31 tahun ditangkap dipercayai melakukan curi harta benda di Taman Sejati Batu 7 di sini.

Antara dirampas termasuk dua beg galas, empat pasang kasut pelbagai jenama, selipar, playar, pemutar skru, spanar, tong gas, bateri jenama GS Plus One, beg sandang, rantai leher emas, dompet, kad ATM dan sebuah Perodua Kancil.

Dalam kes kedua, dua lelaki berumur 30 dan 36 tahun iaitu rakyat tempatan dan warga asing ditangkap kerana melakukan pecah rumah dan curi di Taman Crysthemum Batu 1 1/2 dan Hospital Sandakan.

Barang yang dirampas termasuk MyKad, MyKid, lesen memandu, kad debit, tiga kad bank dan Mastercard.

Tangkapan ketiga pula melibatkan seorang lelaki rakyat tempatan berumur 24 tahun kerana dipercayai melakukan pecah rumah di kedai tayar Sedco Industries Batu 3.

Barang yang dirampas ialah lapan tayar kereta di mana modus operandi adalah menyasarka­n kedai alat ganti dan tayar pada cuti musim perayaan, dengan memecahkan jeriji kedai dan masuk sebanyak tiga kali bagi mencuri tayar.

Tangkapan keempat melibatkan seorang lelaki rakyat tempatan berumur 30 tahun kerana dipercayai melakukan samun di SimSim di mana modus operandi adalah menyasarka­n mangsa iaitu penduduk setempat yang pulang dari berniaga dan melakukan jenayah samun berkumpula­n dengan mencederak­an mangsa serta menggunaka­n senjata.

Keempat-empat kes disiasat mengikutSe­ksyen379,Seksyen 457, Seksyen 380 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? BARANGAN yang dirampas daripada enam suspek yang terbabit kes pecah rumah, curi harta benda dan samun.
BARANGAN yang dirampas daripada enam suspek yang terbabit kes pecah rumah, curi harta benda dan samun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia