Utusan Borneo (Sabah)

Harga beras wangi dan putih kekal

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Harga beras wangi dan putih di pasaran masih kekal, kata Presiden Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (Caps) James Bagah.

Katanya Caps masih belum mendapat laporan daripada pengguna berikutan terdapatny­a kerisauan orang ramai selepas memorandum mengenai kenaikan harga beras pada peringkat peruncit dan permborong tular di media sosia, baru-baru ini.

“Setakat ini, kita (Caps) tidak mendapat sebarang rungutan daripada pengguna berkenaan kenaikan harga beras wangi dan putih.

“Malah sehingga sekarang, kami juga mendapati masih tiada berlaku kenaikan harga beras,” katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan di sini pada Isnin.

Terdahulu, satu memorandum oleh syarikat tempatan Sazarice Sdn Bhd kepada semua ketua cawangan, jurujual cawangan dan kerani jualan Cawangan Kota Kinabalu, Keningau dan Wilayah Persekutua­n Labuan berkenaan kenaikan harga runcit serta borong bagi kesemua jenama beras wangi dan putih telah tular.

Dalam memorandum itu, Pengarah Eksekutif Sazarice Sdn Bhd Akip Ismaila menyatakan pihak pengurusan membuat keputusan untuk menaikkan harga kesemua jenis beras wangi dan putih sebanyak RM1 untuk setiap kampit 10 kilogram (kg) dan RM0.50 bagi kampit 5kg bermula 1 Julai lalu.

Namun, pengguna menjadi risau jika terdapat peniaga yang turut menaikkan harga di pasaran.

Dalampadai­tu,Jamesberka­ta pihaknya akan membuat tinjauan ke seluruh negeri untuk mendapat kepastian berkenaan harga beras itu.

Katanya, Caps meminta pengguna untuk melaporkan kepada pihak berkenaan sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga beras selain daripada yang ditetapkan.

 ??  ?? JAMES
JAMES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia