Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki parah motosikal rempuh Proton Saga

- -Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja cedera parah selepas motosikaln­ya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Kota K ina balu Asisten K o misioner M. Chandra berkata, kejadian itu mengakibat­kan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC mengalami patah tulang paha kaki kanan.

Menurutnya, kemalangan terbabit berlaku di pusingan U Jalan Lintas berdekatan bangunan RTM di sini, kirakira jam 8 pagi Isnin.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki warga emas yang memandu Proton Saga terbabit datang dari arah Putatan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, beliau tidak berhenti dan terus membuat pusingan U.

“Pada masa sama, mangsa yang datang dari arah Inanam menuju ke Putatan tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian hadapan sebelah kiri kereta terbabit,” katanya mengesahka­n kejadian pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa kemudianny­a terjatuh sebelum termasuk ke bawah Proton Saga itu.

Semasa kejadian jelasnya, kedua-dua pemandu dan mangsa tidak mabuk dan jalan raya juga tidak basah.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian pemandu Proton Saga terbabit kerana gagal mengawal kenderaan dengan baik hingga menyebabka­n kemalangan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ?? MANGSA (baring) diberi rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
MANGSA (baring) diberi rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia