Utusan Borneo (Sabah)

Pengubahan wang haram: Tiga beranak mengaku tidak bersalah

-

SUNGAI PETANI: Tiga beranak mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM151,422.30 serta lapan kesalahan gagal menyelengg­ara buku stok dan menjalanka­n urus niaga gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen sah.

Kesemua tertuduh, N. Selvaretna­m, 69, dan isterinya N. Lilapati, 61, serta anak lelaki mereka Murukesan, 40, masingmasi­ng membuat pengakuan itu apabila pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 2 Priscilla Hemamalini Nadarajan dan Hakim Mahkamah Sesyen 3 Saiful Bahari Adzmi.

Selvaretna­m dan Lilapati menghadapi satu pertuduhan bersama dan satu lagi pertuduhan secara berasingan manakala anak lelaki mereka menghadapi sembilan pertuduhan.

Pada prosiding perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen 2, Selvaretna­m dan Lilapati yang merupakan pemilik syarikat mengedar gas petroleum cecair (LPG) Nalliannan Son’s didakwa secara bersama menerima wang berjumlah RM138,517.30 yang merupakan hasil aktiviti haram melalui akaun semasa milik syarikat mereka.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad cawangan Kuala Ketil antara 7 Jan dan 1 Jun tahun lepas.

Sementara itu, Murukesan pula menghadapi tiga pertuduhan sama iaitu melibatkan wang keseluruha­n berjumlah RM12,905 dengan pertuduhan pertama dan kedua dia didakwa menerima masingmasi­ng RM2,160 dan RM4,785 daripada Infinity Alloy Wheels Specialist­s Sdn Bhd pada tarikh berbeza dan lokasi sama di Public Bank Berhad itu.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua Murukesan dituduh menerima wang itu melalui akaun semasa milik syarikatny­a Nali Venture yang turut menjalanka­n perniagaan LPG masing-masing pada 8 Sept 2015 dan antara 2 Feb dan 4 April tahun lepas.

Pertuduhan ketiga pula Murukesan didakwa melakukan kesalahan itu dengan menerima RM5,960 daripada Eurolatex Sdn Bhd melalui akaun semasa milik syarikatny­a itu di lokasi sama antara 7 April dan 15 tahun Jun lepas.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia