Utusan Borneo (Sabah)

ILMAN sudah siap sepenuhnya

Bakal jadi mercu tanda institusi adat istiadat negeri Sabah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PAPAR: Projek pembinaan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) bernilai RM35 juta di Penampang sudah siap sepenuhnya dan dijangka dirasmikan pada September depan.

Bangunan yang letaknya di Kampung Kibabaig itu bakal menjadi institusi latihan kepada kakitangan Mahkamah Anak Negeri (MAN) untuk memelihara, melindungi serta menjunjung sistem perundanga­n anak negeri.

Ia dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk dewan yang besar, bilik-bilik kuliah serta 44 bilik penginapan bertaraf hotel.

Terletak satu kilometer dari Pusat Kebudayaan Sabah, ILMAN dijangka disempurna­kan perasmiann­ya oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) Datuk Mohamad Hj Alamin berkata bangunan itu bakal menjadi mercu tanda dan kebanggaan dalam usaha mengangkat martabat institusi anak negeri, khususnya untuk memelihara adat istiadat serta perundanga­n anak negeri di negeri ini.

Katanya ILMAN berfungsi menentukan hala tuju sistem perundanga­n MAN menjadi lebih baik dan dalam masa sama dapat melatih pemimpin adat mengenai undang-undang dan adat orang asal.

“Selain meningkatk­an kemahiran, ia juga menjadi platform kita ke arah menaiktara­f sistem perjawatan pegawai dan kakitangan MAN,” katanya ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Melagui Batu Enam, di sini, pada Ahad.

Beliau berkata selain untuk kegunaan pegawai dan kakitangan MAN, institut berkenaan juga boleh dimanfaatk­an oleh jabatan dan agensi kerajaan mengendali­kan kursus atau seminar.

Katanya menjadi hasrat kerajaan membina bangunan MAN di setiap daerah di negeriinib­agimemarta­batkan institusi adat istiadat anak negeri.

Ketika ini, pembinaan bangunan MAN di beberapa daerah sudah siap manakala sebahagian lagi sedang dalam pembinaan.

“Untuk itu, kita akan terus berusaha mendapatka­n dana daripada Kerajaan Persekutua­n dan yakin ia boleh dicapai memandangk­an institusi MAN ini diiktiraf kerajaan selain daripada mahkamah sivil dan syariah,” katanya.

Mengenai rumah terbuka itu, Mohamad yang juga Adun Bongawan menyatakan rasa gembira dan terharu dengan kehadiran ribuan orang daripada pelbagai suku, kaum dan kepercayaa­n untuk bersama-sama meraikanny­a.

“Ini menggambar­kan bahawa rakyat di Sabah, khususnya di Bongawan, sentiasa bersatu padu tanpa mengira agama, suku dan kaum, kerana kita samasama mengutamak­an keharmonia­n.

“Amalan saling kunjungmen­gunjung ini dipraktikk­an untuk semua perayaan termasuk Aidilfitri, Krismas dan Tahun Baharu Cina serta perayaan lain,” katanya sambil berharap ia terus dipertahan­kan.

Beliauturu­tmemintara­kyat supaya jangan terpedaya dengan dakyah pihak tertentu yang cuba memecahbel­ahkan kesatuan dan perpaduan sedia terjalin.

Rumah terbuka yang bermula jam 10 pagi itu dimeriahka­n dengan kehadiran Musa selaku tetamu kehormat serta beberapa pemimpin lain.

Orang ramai disajikan dengan pelbagai juadah Hari Raya selain dihiburkan persembaha­n artis tempatan.

“Selain meningkatk­an kemahiran, ia juga menjadi platform kita ke arah menaiktara­f sistem MAN.” perjawatan pegawai dan kakitangan DATUK MOHAMAD HJ ALAMIN Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS)

 ??  ?? MOHAMAD (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian masyarakat yang hadir.
MOHAMAD (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian masyarakat yang hadir.
 ??  ?? MUSA (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas.
MUSA (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas.
 ??  ?? MUSA (kanan) beramah mesra dengan sebahagian masyarakat yang hadir.
MUSA (kanan) beramah mesra dengan sebahagian masyarakat yang hadir.
 ??  ?? MUSA merakamkan gambar kenangan bersama Mohamad dan keluarga.
MUSA merakamkan gambar kenangan bersama Mohamad dan keluarga.
 ??  ?? MOHAMAD (dua kiri) menyambut kedatangan orang ramai.
MOHAMAD (dua kiri) menyambut kedatangan orang ramai.
 ??  ?? MOHAMAD menyambut ketibaan Musa.
MOHAMAD menyambut ketibaan Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia