Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan pengedar dadah, rampas sejumlah syabu dan heroin

-

ROMPIN: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah dadah jenis heroin dan syabu dalam satu pemeriksaa­n yang dijalankan di tepi Pantai Kuala Pontian, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, suspek berusia 37 tahun, ketika itu sedang menaiki sebuah motosikal sebelum diarahkan berhenti oleh sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Insp Mohd Azrul Nizam Zainudin bagi tujuan pemeriksaa­n.

“Suspek telah bertindak melarikan diri dengan memecut motosikal hingga terjatuh atas pasir pantai sebelum berlari ke arah hutan berhampira­n di tepi pantai berkenaan.

Dia bagaimanap­un berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan dan semasa pemeriksaa­n badan dilakukan tiada ada barang salah yang ditemui,” katanya.

Hasil pemeriksaa­n lanjut dilakukan ke atas beg pinggang milik suspek di sebelah motosikal yang terjatuh itu, polis berjaya menemui dua bungkusan dadah yang mengandung­i heroin seberat 31.29 gram dan syabu seberat 6.2 gram yang kesemuanya dianggar bernilai RM2,000

Katanya selain itu polis turut merampas wang tunai pelbagai wang kertas berjumlah RM1,011 dan siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan bahan terlarang itu diperoleh daripada seorang lelaki digelar ‘Panjang’ di Endau, Johor untuk diedarkan kepada pelanggan sekitar kawasan.

“Suspek yang disahkan positifdad­ahturutmem­punyai rekod lampau membabitka­n kes dadah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Azli berkata, suspek ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia