Utusan Borneo (Sabah)

Kapal TLDM digerakkan sertai Ops Padu

-

KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digerakkan bagi menyertai Ops Padu yang dilancarka­n untuk membantera­s kegiatan rompakan di laut di wilayah Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan berkata Ops Padu yang dilancarka­n pada Isnin lepas dibuat khusus untuk membantera­s cubaan rompak anyang menyasarka­n kargo petroleum di kawasan itu.

“Dalam Ops Padu, TLDM menyertai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dengan melaksanak­an operasi yang memberi tumpuan di perairan negara.

“Operasi lebih tertumpu di Johor kerana banyak kapal (membawa minyak) bersauh dan masuk ke pelabuhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat seramai 32 pegawai dan anggota di KD Sri Gombak di sini, pada Isnin.

Ops Padu selama dua minggu itu digerakkan secara bersepadu melibatkan APMM,TLDMdanPas­ukan Polis Marin.

Sementara itu, Anuwi meminta pegawai dan anggota TLDM untuk menaikkan caruman insurans berkelompo­k iaitu dari lima unit kepada 15 unit dengan bayaran sebanyak RM4.50 bagi satu unit.

“Untuk satu unit, anggota akan dibayar sebanyak RM15,000 dan maksimum yang boleh diambil oleh seorang anggota ialah 15 unit.

“Bayangkan berapa banyak yang akan diperoleh oleh anggota keluarga sekiranya sesuatu tidak diingini menimpa mereka,” katanya.

Anuwi berkata kesedaran rendah dilihat sebagai faktor kurangnya pegawai dan anggota membuat caruman insurans berkelompo­k yang tinggi.

“Ambil iktibar dan kalau boleh tambah insurans berkelompo­k untuk keluarga,” katanya. Bernama

 ??  ?? ANUWI (dua, kiri) memakaikan pangkat kepada Laksamana Pertama Ir Ow Kiat Bin sambil dibantu isteri Tiong Pek Yoke (kanan) pada majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Anggota TLDM di KD Sri Gombak pada Isnin. - Gambar BERNAMA
ANUWI (dua, kiri) memakaikan pangkat kepada Laksamana Pertama Ir Ow Kiat Bin sambil dibantu isteri Tiong Pek Yoke (kanan) pada majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Anggota TLDM di KD Sri Gombak pada Isnin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia