Utusan Borneo (Sabah)

`Bedudun’ meriahkan Aidilfitri

Rumah terbuka Arifin dihadiri ribuan masyarakat berbilang kaum

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MAJLIS rumah terbuka Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Pimping, Membakut berlangsun­g dengan meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Majlis yang dijadualka­n bermula jam 12 tengahari itu mulai dikunjungi orang ramai seawal jam 10 pagi lagi.

Pengunjung disajikan dengan pelbagai jenis juadah tempatan yang enak termasuk kuih-muih serta kambing golek.

Hadirin turut dipersemba­hkan dengan lagu-lagu raya bagi memeriahka­n lagi suasana sepanjang sambutan perayaan itu.

Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin serta rombongan turut menambahka­n lagi keceriaan sambutan majlis rumah terbuka itu.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Adun Membakut menghargai kehadiran pelbagai masyarakat di majlis rumah terbuka yang beliau adakan itu.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana sekali lagi dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga serta bersama rakyat di kawasan beliau.

“Kehadiran orang ramai di majlis rumah terbuka tahun ini amat luar biasa. Terima kasih kepada semua sahabat kerana sudi bertandang ke majlis ini. Semoga ikatan kita terus utuh,” katanya.

Justeru, Arifin menggesa rakyat terutama di kawasan Membakut untuk terus memelihara perpaduan yang sekian lama terjalin ini demi menjamin keharmonia­n negeri.

Beliau mahu masyarakat mengambil pendekatan melalui budaya kunjung mengunjung atau `Bedudun’ dalam istilah tempatan, untuk terus mengeratka­n silaturahi­m antara rakyat berbilang kepercayaa­n dan bangsa.

 ??  ?? MOHD Aris Mohd Arif serta keluarga turut merakamkan gambar kenangan bersama Musa dan isteri.
MOHD Aris Mohd Arif serta keluarga turut merakamkan gambar kenangan bersama Musa dan isteri.
 ??  ?? FARIDAH (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian hadirin.
FARIDAH (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian hadirin.
 ??  ?? ORANG ramai yang hadir mengambil peluang beramah mesra dengan Musa.
ORANG ramai yang hadir mengambil peluang beramah mesra dengan Musa.
 ??  ?? MUSA dan isteri merakamkan gambar kenangan bersama keluarga Arifin.
MUSA dan isteri merakamkan gambar kenangan bersama keluarga Arifin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia