Utusan Borneo (Sabah)

12 mati minum arak beracun

-

LUCKNOW: Dua belas orang mati selepas meminum todi beracun buatan sendiri di negeri Uttar Pradesh, menurut polis semalam.

Polis di negeri utara itu berkata, mangsa mengadu sakit perut teruk sebelum jatuh sakit selepas mengambil todi haram pada Khamis lalu.

“Dua belas orang mati selepas mengambil arak yang diragui ketulenann­ya,” menurut ketua polis daerah Azamgarh Ajay Kumar Sahni.

Polis kemudian menahan 21 orang termasuk suspek utama yang menghasilk­an minuman beracun tersebut, tambah beliau.

Ketika ini sekurangku­rangnya empat lagi mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Pihak berkuasa di negeri itu telah meleraikan 30 operasi arak haram buatan di rumah dan merampas 1,100 liter arak haram dan memusnahka­n 10,000 liter lagi, menurut laporan berita Press Trust of India (PTI).

Sebagai respons, Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath menggantun­g tugas lapan pegawai daerah termasuk tiga pegawai polis tempatan kerana kelalaian dalam menjalanka­n tugas, menurut laporan PTI.

Arak buatan sendiri diambil secara berleluasa di India di mana sebotol dijual dengan harga tidak sampai RM4.

Kematian kerapkali dilaporkan kerana pengeluar arak haram ini lazimnya menambah metanol, sejenis alkohol yang amat beracun yang mana antara kegunaanny­a adalah sebagai agen antibeku, dalam minuman mereka untuk menguatkan lagi kandungan alkoholnya.

Peminum arak haram ini juga berisiko mengalami masalah kesihatan jangka masa panjang dan kemabukan teruk.

Sekiranya diambil, metanol boleh menyebabka­n mangsanya menjadi buta, mengalami kerosakan hati dan limpa serta kematian sekiranya diambil dalam kepekatan tinggi.

Pada tahun 2015, lebih 100 mati di kawasan setinggan di Mumbai selepas meminum arak haram ini.

Daripada anggaran lima bilion liter arak yang diambil setiap tahun di India, kirakira 40 peratus daripadany­a telah dihasilkan secara haram, menurut Pertubuhan Arak dan Wain Antarabang­sa India. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia