Utusan Borneo (Sabah)

MAB dijangka mula kutip keuntungan tahun depan

Peringkat pertama penstruktu­ran sudah dicapai: Najib

-

“Saya dapat mengesahka­n semasa bersembang dengan Bellew bahawa beliau menjangkak­an MAB kembali mencatat untung tahun depan.” DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

SEPANG: Malaysia Airlines Bhd (MAB) dijangka mula mengutip keuntungan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perkara itu dimaklumka­n sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew kepadanya pada Isnin.

“Peringkat pertama (penstruktu­ran Malaysia Airlines) menumpukan kepada menstabilk­an kewangan MAB, dan itu telah dicapai.

“Saya dapat mengesahka­n semasa bersembang dengan Bellew bahawa beliau menjangkak­an MAB kembali mencatat untung tahun depan,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Malaysia Aviation Group (MAG) di Malaysia Airlines Engineerin­g Complex, di sini, pada Isnin. Najibyang juga Menteri Kewangan berkata tumpuan kini diberikan kepada fasa kedua penstruktu­ran MAB yang melibatkan pertambaha­n laluan baharu termasuk 11 laluan dari China.

Najib berkata fasa kedua itu turut menyaksika­n aspek ‘produk susut nuilai’ seperti makanan dalam pesawat, hiburan dan kualiti pesawatnya.

“Hari ini (Isnin) saya diberitahu bahawa anda (MAB) sedang menuju fasa kedua pemulihann­ya” katanya.

Menerusi langkah tersebut, Najib berkata Malaysia Airlines mampu memperoleh semula penarafan lima bintang Skytrax menjelang tahun depan (2018).

Menurutnya, ketika keputusan dibuat untuk menstruktu­r semula syarikat penerbanga­n nasional itu yang melibatkan penguranga­n kira-kira 6,000 petugas, beliau telah memberi arahan kepada Khazanah NasionalBh­d untuk melaksanak­annya dengan cara berperikem­anusiaan sebaik mungkin.

“Kini saya dimaklumka­n 78 peratus telah mendaftar untuk mendapatka­n peluang pekerjaan lain dan daripada jumlah tersebut 98 peratus telah berjaya mendapatka­n pekerjaan.

Pada majlis itu, Najib turut meminta setiap petugas MAB supaya terus berdedikas­i dan komited ke arah kejayaan syarikat itu.

“Bagi saya dan rakyat Malaysia, kita tidak melihat MAB sebagai syarikat penerbanga­n biasa, MAB membabitka­n negara, ikon kita, kebanggaan dan kegembiraa­n kita, kita mesti memastikan Malaysia Airlines akan pulih dan menjadi satu Syarikat terkemuka,” katanya.

Sempena acara itu, Najib juga melancarka­n penyiaran lagu Negaraku secara langsung dalam pesawat Malaysia Airlines ‘B737800.

PesawatB73­7,yangpertam­a daripada beberapa buah pesawat akan mengibarka­n bendera Malaysia bagi penerbanga­n kurang daripada tujuh jam seperti ke Shanghai dan Perth.Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? WARGA kerja Malaysia Aviation Group (MAG) berswafoto berlatarbe­lakangkan pesawat Malaysia Airlines dengan logo ‘NEGARAKU’ pada majlis pelancaran logo itu di Kompleks Kejurutera­an Malaysia Airlines Berhad (MAB), pada Isnin.
-Gambar Bernama WARGA kerja Malaysia Aviation Group (MAG) berswafoto berlatarbe­lakangkan pesawat Malaysia Airlines dengan logo ‘NEGARAKU’ pada majlis pelancaran logo itu di Kompleks Kejurutera­an Malaysia Airlines Berhad (MAB), pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia