Utusan Borneo (Sabah)

SHEDA 2017 tampilkan pangsapuri berharga RM350,000 ke bawah

-

KUCHING: Expo Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) 2017 bakal menampilka­n lebih banyak pameran projek perumahan pangsapuri berharga RM350,000 ke bawah untuk mengembali­kan kepercayaa­n pembeli terhadap sektor hartanah negeri.

Menurut Setiausaha Agung SHEDA Kevin Choo Chung Ing, beliau percaya expo kali ini menampakka­n kelainan sebagai tarikan kepada pasaran hartanah yang kurang stabil.

“Kita tidak akan melihat rumah mampu milik tetapi pemaju hartanah sedang dalam usaha untuk membangunk­an rumah pangsapuri sebagai membantu pembeli yang mengingink­an kediaman.

“Mulai tahun ini, kita akan melihat lebih banyak rumah pangsapuri berharga RM350,000kebawah­daripada peserta pemaju hartanah yang menyertai.

“Ini kerana rumah sekarang dijual pada harga RM450,000 sehingga mencecah RM1 juta kerana pasaran kurang stabil memperliha­tkan rumah yang lebih kecil dibangunka­n,” katanya ketika bercakap pada sidang media Expo SHEDA 2017 di pejabatnya di sini, pada Isnin.

Menurut beliau lagi, kemungkina­n projek-projek perumahan seperti pangsapuri yang didirikan berharga RM350,000 ke bawah boleh dikategori­kan sebagai rumah mampu milik untuk pasaran hari ini.

Pasaran perumahan dan hartanah semakin pulih secara beransur-ansur walaupun tidak seperti sebelumnya yang mana pembeli akan membeli kediaman itu sebelum ia dirasmikan.

Banyak kalangan pembeli yang sudah lama menunggunu­nggu saat ini dan banyak yang mengingink­an kediaman sendiri, tambahnya.

Justeru, syarikat perbankan yang akan turut serta juga akan memberi runding nasihat bagi pembeli yang berminat mengetahui situasi kewangan mereka.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Expo SHEDA 2017 Gary Kho Thong How berkata, bersempena dengan sambutan SHEDA yang ke20 pihaknya mengumumka­n bahawa lebih 100 ruangan pameran telah ditempah oleh pihak pempamer.

Walaupun jumlah itu tidak banyak berbeza berbanding pada tahun sebelumnya tetapi lebih banyak aktiviti telah dirancang untuk dimuatkan ke dalam inti sari program expo berakhir 16 Julai nanti.

Majlis akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada 14 Julai, jam 3 petang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dengan kehadiran menteri-menteri lainnya.

“Pihak kami memfokuska­n kepada kepentinga­n aktiviti yang berorienta­sikan keluarga seperti Pertanding­an MenyanyiSH­EDAJuniorS­tar, Pertanding­an Menyanyi GoldenStar, Zumba Fitness dan sesi melegakan sakit belakang.

“Selain itu, expo kali ini akan menampilka­n projekproj­ek bukan sahaja dalam negeri bahkan juga dari Semenanjun­g Malaysia, Singapura, Kemboja dan Australia.

“Dua penceramah berpengala­man iaitu Dr Daniele Gambero dan Jessie Lee juga akan berkongsi tips hartanah dan feng shui bagi mereka yang masih memikirkan untuk membeli kediaman pertama,” tambahnya semalam.

Pihaknya menyediaka­n bekas istimewa terhad untuk 1,000 pengunjung yang akan diberikan secara percuma selain cabutan bertuah yang dijalankan setiap hari sepanjang expo berlangsun­g.

Expo yang turut menyasarka­n lebih kurang 10,000 pengunjung berkenaan mendapat tajaan daripada Naim Land Sdn Bhd, MJC City Developmen­t Sdn Bhd, CMS Property Developmen­t Sdn Bhd, RB Developmen­t Sdn Bhd dan Ibraco Berhad.

Expo akan diuruskan oleh IDA Exhibition Services Sdn Bhd dengan See Hua Marketing Sdn Bhd dan Good Harvest Media Sdn Bhd berperanan sebagai akhbar rasmi.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubung­i Sekretaria­t SHEDA di talian 082366334 (Harea) atau emelkan ke expo@sheda.org. my dan layari laman www. shedaprope­rtyexpo.com.

 ??  ?? KEVIN (kiri) dan Gary (kanan) bergambar bersama poster Expo SHEDA 2017 selepas sidang media di Kuching.
KEVIN (kiri) dan Gary (kanan) bergambar bersama poster Expo SHEDA 2017 selepas sidang media di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia