Utusan Borneo (Sabah)

Perjanjian Netflix akan dimuktamad bulan depan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Internet Exchange (MyIX) akan memuktamad­kan perjanjian­nya dengan syarikat hiburan dalam talian yang popular di Amerika Syarikat, Netflix, untuk menyediaka­n kandungan video dan filemnya di Malaysia, pada akhir Ogos, kata Pengerusi Chiew Kok Hin.

MyIX, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan adalah Internet Exchange neutral yang pertama apabila Penyedia Perkhidmat­an Internet (ISP) tempatan dan penyedia kandungan berhubung untuk menukar trafik Internet.

Beliau berkata dengan perjanjian yang dimeterai dengan syarikat hiburan itu, negara jiran seperti Indonesia juga boleh mendapat kandungan dari Malaysia dengan bayaran nominal, yang membuka laluan kepada negara untuk menjadi hab kandungan pada masa akan datang.

“Kami berharap dengan perjanjian itu, kami dapat menarikpen­ggiat antarabang­sa yang lain untuk datang ke Malaysia pada masa akandatang dan kami sedang berusaha untuk menjadikan negara sebagai gerbang pertukaran Internet serantau,” katanya kepada Bernama.

Netflix adalah sebuah syarikat hiburan dalam talian yang popular di Amerika Syarikat yang menyediaka­n pelbagai video dan filem selain merupakan syarikat Internet kesembilan terbesar di dunia dengan perolehan (AS$8.83 bilion).

Chiew berkata dengan negara menjadi gerbang pertukaran Internet, ia akan menarik negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kandungan mereka.

“Ia akan membawa kandungan lebih dekat dengan kita dan negara-negara jiran bukan sahaja akanmenjim­atkan kos tetapi juga dapat meningkatk­an kualiti kandungan,” katanya.

Sejak penubuhan MyIX pada 2006, ia telah memeterai perjanjian dengan pelbagai pihak termasuk Alibaba dan Yahoo.

Chiew jugaberkat­a kosuntuk membawa kandungan telah merosot sejak beberapa tahun, membolehka­n syarikat telekomuni­kasi (telco) mengurangk­an harga mereka dan menawarkan lebih banyak data dan jalur lebar kepada pelanggan mereka.

“Dengan ini dilaksanak­an (penguranga­n kos), harga yang ditetapkan oleh syarikat telco dipantau oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memastikan ia ditetapkan dengan adil,” katanya.

Bagi kelajuan Internet di negara ini, Chiew, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AIMS Data Centre Sdn Bhd berkata, keseluruha­n kelajuan yang ditawarkan kepada pengguna Internet di Malaysia adalah memuaskan.

Bagaimanap­un, masih terdapat kawasan tertentu di negara ini yang tidak menerima liputan Internet yang baik.

“Syarikat telco telah mengambil langkah untuk meningkatk­an sambungan mereka tetapi diakui bahawa masih terdapat halangan untuk menyediaka­n kelajuan Internet yang pantas, di seluruh negara,” katanya.

Projek Perkongsia­n Generasi Ketiga (3GPP), pada awal tahun ini, disebut pada persidanga­n antarabang­sa bahawa jadual Generasi 5 (5G) dipercepat, yang akan membolehka­n penempatan dan percubaan berskala besar berasaskan 3GPP seawal 2019, akan dikomersia­lkan, di seluruh dunia, menjelang 2020.

3GPP menyatukan pelbagai organisasi pembanguna­n standard telekomuni­kasi dikenali sebagai ‘Rakan Organisasi’ dan menyediaka­n ahli-ahli mereka dengan persekitar­an yang stabil untuk menghasilk­an laporan dan spesifikas­i yang menentukan teknologi 3GPP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia