Utusan Borneo (Sabah)

SCGM tubuh kilang pertama di Lembah Klang dengan modal RM20j

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar utama pembungkus­an makanan thermoform, SCGM Bhd (SCGM), merancang untuk mewujudkan kemudahan pengilanga­nnya yang pertama di Teluk Panglima Garang, Klang, bagi meraih lebih banyak bahagian pasaran di bahagian tengah Semenanjun­g.

Dengan peruntukan perbelanja­anmodal sebanyakRM­20 juta untuk mesin, kilang tersebut yang dijangka bermula pada akhir tahun, akan mengeluark­an kotak makan tengah hari thermoform bagi pasaran Lembah Klang, menurut kumpulan itu dalam kenyataan.

Dengan empat mesin thermoform dan dua ‘extruder’, kilang di Lembah Klang akan mempunyai kapasiti pengeluara­n sebanyak lima juta kg setahun, katanya.

“Jualan kotak makan tengah hari jenama ‘Benxon’ kumpulan itu meningkat dengan ketara kepada RM15.3 juta pada tahun kewangan berakhir 30 April, 2017, berbanding hanya RM0.2 juta tahun lepas,” kata Pengarah Urusan Datuk Seri Lee Hock Chai.

Pada masa ini, kilang SCGM yang terletak di Kulai, Johor, dengan jumlah kapasiti pengeluara­n sebanyak 36 juta kg setahun merangkumi pelbagai produk termasuk kotak makan tengah hari, dulang makanan dan dulang perubatan.

Dengan tambahan kilang di Lembah Klang, kapasiti pengeluara­n akan meningkat kepada 41 juta kg setahun pada akhir tahun, kata Lee.

Sementara itu, pemegang saham SCGM meluluskan terbitan bonus cadangan satubagi-tiga sebanyak 48.4 juta saham dan terbitan bonus cadangan 2-bagi-15 sebanyak 19.36 juta waran.

Pada harga pelaksanaa­n indikatif RM4.05, langkah waran berpotensi menaikkan sehingga kepada RM78.4 juta dalam hasil kasar.

“Langkah korporat, yang dijangka selesai pada separuh kedua tahun ini, akan meningkatk­an modalsaham berbayar dan terbitan kumpulan daripada 145.20 juta saham kepada 212.96 juta saham,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia