Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 1,000 sertai program ‘Run for Life’

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

KINABATANG­AN: Hampir 1,000 orang telah menyertai program ‘Run for Life’ yang dianjurkan oleh Unit Tingkatan Enam dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam.

Program yang berlangsun­g di Tapak Tamu Majlis Daerah Kinabatang­an itu disertai oleh pelajar, guru serta orang awam.

Larian yang julung kali diadakan itu adalah hasil ilham Pengetua SMK Bukit Garam Albert Bayoi dengan objektif untuk mencari dana bagi Tingkatan Enam dan dalam masa yang sama, untuk melahirkan warga sekolah yang mengamalka­n cara hidup sihat.

Menerusi program itu, para peserta membuat larian sejauh 7 kilometer. Mereka dikenakan yuran penyertaan dan diberikan sehelai baju-T, medal dan sijil penyertaan.

Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Garam Hajah Sarmiah Haji Mislong memuji usaha itu kerana dua objektif dapat dicapai dalam satu masa.

“Saya tidak menyangka larian ini akan mendapat sambutan menggalakk­an. Tahniah kepada pihak sekolah yang telah menjalanka­n program seumpama ini,” katanya.

Program itu telah mendapat kelulusan daripada Pejabat Pesuruhjay­a Sukan Negeri Sabah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatang­an Suhaimi Haji Othman dan Pegawai Daerah Kinabatang­an Yassin Bin Nasir turut menyokong penganjura­n program berkenaan.

Sementara itu, rata-rata peserta luar yang ditemui memuji penganjura­n itu yang berjalan lancar hasil kerjasama baik daripada PDRM Kinabatang­an, Majlis Daerah Kinabatang­an, Hospital Kinabatang­an, Persatuan Berbasikal Kinabatang­an dan beberapa pihak lain.

Mereka turut mengharapk­an agar program larian berkenaan akan diteruskan pada tahun hadapan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta program Run for Life.
SEBAHAGIAN peserta program Run for Life.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia