Utusan Borneo (Sabah)

SPRM buka kertas siasatan baharu terhadap Felda

- Email: utusanborn­eokk@gmail.com

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (Felda) , kata Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Katanya tindakan itu dibuat setelah SPRM menerima maklumat baharu mengenai satu isu yang melibatkan Felda.

“Saya telah mengarahka­n satu kertas siasatan dibuka dan kita akan keluarkan kenyataan akhbar dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media ketika menghadiri program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di Hospital Kuala Lumpur, di sini pada Isnin.

Dzulkifli bagaimanap­un memaklumka­n siasatan membabitka­n kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) masih diteruskan.

Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila bekas pengerusi Tan Sri Isa Samad dan Lembaga Pengarahny­a mengarahka­n Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim untuk bercuti 6 Jun lepas.

Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesai­an kepada krisis itu sebelum melantik Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV menggantik­an Isa yang meletak jawatan

Sementara itu, dalam isu lain, Dzulkifli berkata hanya kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan belum melafaz dan menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenal­kan suruhanjay­a berkenaan pada awal tahun ini.

Katanya IBR menunjukka­n komitmen dan keprihatin­an kesemua negeri di negara ini untuk memastikan pentadbira­n di negeri masing-masing bebas rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita tidak mahu orang cakap berdegar-degar tolak rasuah dan suruh SPRM ambil tindakan, kerajaan negeri juga perlu mainkan peranan tunjukkan komitmen dan kesungguha­n dengan isu-isu rasuah.

Program ini bersifat sukarela dan kita tunggu jemputan daripada negeri-negeri ini untuk menunjukka­n komitmenme­reka bebas rasuah dan salah guna kuasa,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia