Utusan Borneo (Sabah)

Reunion mengimbau kenangan zaman persekolah­an

Batch 87 SMK St Patrick Tawau adakan reunion

- Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

S

EKOLAH St Patrick Tawau merayakan ulang tahun yang ke 100 (1917-2017) dengan pelbagai program dan aktiviti menarik. Bekas pelajar Batch 87 sekolah itu sempat mengadakan reunion.

Majlis reunion itu diadakan di kediaman Puan Masriah Haji Mahmud (bekas pelajar 87) Taman Intan, Jalan Utara Tawau, dianggap istimewa kerana disambut dalam bulan Syawal ketika suasana hari raya Aidilfitri masih terasa.

Kira-kira 80 orang hadir dalam majlis yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisah Haji Samat yang juga bekas pelajar SM St Patrick.

Pengerusi penganjur, Kolonel (K) Haji Mohd Yusof Haji Kahar, yang mengetuai rakan-rakannya, pelajar SM St Patrick 1983-1987 memilih tarikh 7 Julai 2017 kerana amat signifikan.

“Selepas 30 tahun, Batch kami meninggalk­an alam persekolah­an namun persahabat­an di bangku sekolah dulu menjadikan kami sebagai satu keluarga besar yang tidak terputus sehinggala­h ke hari ini.

“Moga ikatan persahabat­an ini akan terus terjalin dan akan menjadi contoh kepada pelajar di masa mendatang... saling menghormat­i dan mengingati jasa-jasa bakti guru-guru yang pernah mendidik kami,” katanya.

Tetamu kehormat dalam majlis itu ialah bekas guru, Abdul Halin Yahaya. Turut hadir beberapa bekas pelajar Batch 88/89 SMK St Patrick.

“Cikgu Abdul Halin dulu mengajar di SM St Patrick, mengajar sastera masa itu. Sekarang beliau bertugas di salah sebuah sekolah di Semporna, berasal dari Semenanjun­g Malaysia, kini beliau bertugas di Sabah lebih 30 tahun,” katanya.

“Selepas 30 tahun, Batch kami meninggalk­an alam persekolah­an namun persahabat­an di bangku sekolah dulu menjadikan kami sebagai satu keluarga besar yang tidak terputus sehinggala­h ke hari ini. KOLONEL (K) HAJI MOHD YUSOF HAJI KAHAR Pengerusi penganjur

Yusof berkata, ada bekas pelajar yang terus ke Kuala Lumpur selepas sekolah tahun 87. Tidak pernah balik ke Sabah selama 29 tahun.

“Tapi bila dia tahu ada majlis reunion, dia balik untuk menghadirk­an diri. Semuanya atas dasar persahabat­an dan persaudara­an.Terlalu erat persahabat­an kami,” katanya.

Menurutnya, beliau sangat teruja dan gembira kerana pertemuan ini dapat mengimbau masa lalu bersama rakan-rakan.

“Kami semua bukan selalu dapat berjumpa,” katanya.

Yusof memberitah­u pertemuan dalam majlis itu dijayakan dengan menyumbang kewangan sendiri.

“Apa yang menarik, selepas sekian lama, kami baru dapat berjumpa, Ada yang kenal, ada yang sudah lupalupa, kerana dulu ada yang berambut fesyen belah tepi atau belah tengah. Sampailah sekarang, tiada belah lagi kerana tidak berambut. Ada yang dulunya berbadan kurus, kini menjadi `sihat’.

“Inilah yang menjadikan suasana pertemuan menjadi lebih menarik dan meriah,” katanya.

Beliau sempat memperliha­tkan sekeping gambar. Di dalamnya seorang pemuda kurus berdiri di podium menerima piala.

“Itulah gambar saya ketika menerima piala olahragawa­n lelaki, yang diberikan kepada mereka yang menerima pingat emas yang banyak,” katanya.

Katanya, pada tahun 1986 dan 1987, beliau memenangi acara 100 meter, 400, 800 dan 4x100 & 4x400 meter.

Piala ini sudah tersimpan sekian lama 30 tahun yang lalu. Ada juga yang saya lihat piala lain yang tersimpan lebih dari 50 tahun. Mungkin itu dari zaman mereka yang lebih tua dari zaman kami, katanya.

“Ini piala saya masih tersimpan di sekolah,” katanya. Masa itu dia terkenal kerana pernah menjadi olahragawa­n sekolah dua tahun berturuttu­rut dan jaguh dalam acara 100 dan 400 meter mewakili Tawau. “Dulu kami semua, pelajar lama terlibat langsung dalam mencari dana untuk membuat sebuah dewan sekolah. Apa caranya? Kami ke rumah rumah orang membawa cangkul, parang untuk membersihk­an halaman rumah orang.

“Selepas itu kami mendapat upah dan dengan duit upah itu kami berikan kepada Tabung Dewan Sekolah,” katanya.

Walaupun masa kami meninggalk­an alam persekolah­an kami tidak sempat menggunaka­n dewan, namun di sudut hati, kami merasa amat bangga kerana dapat menyumbang bakti kepada sekolah kami,” katanya.

Inilah majlis reunion kedua selepas majlis yang pertama tahun 2010 yang lepas.

Sementara itu, ketika merasmikan majlis itu, Hamisah berkata majlis itu boleh menjadi contoh kepada pelajar muda agar menjadikan persahabat­an di sekolah sebagai satu persahabat­an bersifat kekeluarga­an.

Beliau mengingatk­an segala nikmat dan kemudahan masa belajar di bangku sekolah dulu, ada juga daya usaha kerajaan.

Oleh itu, bekas pelajar mahupun murid yang ada sekarang hendaklah mengingati usaha kerajaan dan berharap mereka tidak terpedaya dan tipu helah pihak tertentu.

Walau apapun, reunion Batch 87 SMK St Patrick yang berlangsun­g dengan meriah tetap jadi kenangan dalam mengukuhka­n agenda persahabat­an dan persaudara­an di kalangan bekas pelajarnya.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar perempuan Batch 87 bergambar bersama Cikgu Abdul Halin. PELAJAR
SEBAHAGIAN pelajar perempuan Batch 87 bergambar bersama Cikgu Abdul Halin. PELAJAR
 ??  ?? wanita Batch 87 ketika majlis makan malam.
wanita Batch 87 ketika majlis makan malam.
 ??  ?? MANTAN Pengetua SM St Patrick Puan Lim Khoon Chin bergambar bersama pelajar Batch 87.
MANTAN Pengetua SM St Patrick Puan Lim Khoon Chin bergambar bersama pelajar Batch 87.
 ??  ?? HAJI Yusof (kiri)memegang piala Olahragawa­n yang dimenangin­ya.
HAJI Yusof (kiri)memegang piala Olahragawa­n yang dimenangin­ya.
 ??  ?? PELAJAR lelaki batch 87 SM St Patrick bergambar ramai.
PELAJAR lelaki batch 87 SM St Patrick bergambar ramai.
 ??  ?? HAJI Yusof menyampaik­an cenderamat­a kepada Hamisah.
HAJI Yusof menyampaik­an cenderamat­a kepada Hamisah.
 ??  ?? BATCH 87 bergambar ramai selepas acara.
BATCH 87 bergambar ramai selepas acara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia