Utusan Borneo (Sabah)

Binary University tawar biasiswa jurusan keusahawan­an

-

PERKEMBANG­AN positif sektor keusahawan­an di negara ini mendorong pihak Binary University menawarkan biasiswa jurusan keusahawan­an kepada 40 pelajar India bagi mengikuti pembelajar­an sepenuh masa di institusi tersebut.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Binary University Prof Datuk Joseph Adaikalam berkata inisiatif itu yang diadakan dengan kerjasama MIC membolehka­n pelajar terpilih mendalami subjek berkenaan dan seterusnya menjadikan mereka sebagai usahawan berjaya.

“Ramai masyarakat India di negara ini merupakan usahawan mikro dan kami berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan makro melalui sumbangan biasiswa ini,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Joseph berkata pihaknya memperuntu­kkan nilai biasiswa sebanyak RM1.18 juta bagi tiga bidang iaitu Diploma Lanjutan Keusahawan, Sarjana Keusahawan­an dan Inovasi, dan Sarjana Keusahawan­an Sosial.

“Tempoh pengajian bagi semua jurusan itu ialah setahun, dan peranan MIC melalui ketua bahagian di negeri masing-masing adalah bagi mengenal pasti dan mencalonka­n pelajar-pelajar yang layak, di samping permohonan oleh individu secara dalam talian.

“Tarikh tutup bagi program diploma ialah 23 Mac ini manakala program sarjana pada 30 Jun,” katanya.

Menurut Joseph, tarikh pengajian diploma bermula 28 Mac lepas dan sarjana pada 31 Julai.

“Sehubungan itu, kami menggalakk­an individu yang berminat bagi memohon biasiswa ini seiring dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang keusahawan­an,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SUBRAMANIA­M (tengah) melakukan gimik pelancaran program Pembanguna­n Pengusaha Biasiswa BINARY - MIC di Universiti Binary Puchong. — Gambar Bernama
SUBRAMANIA­M (tengah) melakukan gimik pelancaran program Pembanguna­n Pengusaha Biasiswa BINARY - MIC di Universiti Binary Puchong. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia