Utusan Borneo (Sabah)

Treacy johan MGM Zon Pitas 2017

-

Chee Nyuk Len muncul sebagai johan Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) perayaan Pesta Magahau Zon Pitas 2017 yang diadakan di Dewan Komuniti Kanibongan.

Naib johan dimenangi oleh Vivian Rostin dan tempat ketiga dimenangi oleh Cik Lidinah Majintal. Mereka menerima hadiah berupa wang tunai, piala,sijil dan peralatan kecantikan tajaan Adreana Beauty Saloon.

Sementara itu, johan Mitarab Monurizak Magahau Zon Pitas dimenangi oleh Raynel Botohong.Naib johan dan tempat ketiga masingmasi­ng dimenangi oleh Ellys Emith dan Nazee.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi Datuk Abdul Mijul Haji Unaini telah melancarka­n perayaan Pesta Magahau 2017 sekaligus merasmikan Pesta Magahau Zon Pitas.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu ialah Adun Matunggong Dato’ Jelani Hamdan yang juga Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora).

Sementara Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kudat, Datuk Aminah Ambrose yang merasmikan Sodop Papak Tavasi (SPT) telah menyampaik­an hadiah kepada pemenang Mitarab Monurizak.

Menurut Jelani, selepas pelacaran itu, Pesta Magahau 2017 akan diadakan di enam zon lain di Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

Pesta Magahau Zon Semenanjun­g Malaysia akan diadakan pada 15&16 Julai 2017 di Dewan MaTic, Ampang Kuala Lumpur.

Zon Kota Marudu pada 16 Julai di Kampung Bintoson Darat.

Zon Kudat (21&22 Julai) di Dewan Serbaguna/ Gelanggang Futsal Kg. Andab Kimihang.

Zon Beluran (22 Julai) akan diadakan di Dewan Serbaguna Kg. Tangkaraso­n Paitan, Beluran.

Zon Kota Kinabalu pada 23 Julai di Dewan Serbaguna Mini Puterajaya, Telipok.

Bagi Zon Matunggong tarikh mengadakan pesta itu akan diumumkan kemudian.

Sementara bagi Mitarab Monurizak/pertanding­an bintang magahau akan diadakan pada 27 dan 28 Julai 2017, Mitarab dot Band/Battle of the band akan diadakan pada 29 dan 30 Julai di Rumah Panjang Puruvan Square, Matunggong.

Manakala Sodop Papak Tavasi (SPT)/Red carpet/ Gala nite akan diadakan pada 28 Julai di Dewan Terbuka Matunggong. Acara utama malam itu ialah penampilan peserta-peserta top 3 MGM setiap zon seramai 21 orang, selain pertanding­an akhir top 7, Mitarab Monurizak/ bintang Magahau.

Menurut Jelani, Adau Papak Tavasi 2017 (Majlis sambutan hari kemuncak Pesta Magahau 2017) akan diadakan pada 31 Julai di Rumah Panjang Puruvan Square, Matunggong.

Acara-acara utama pada hari itu ialah pertanding­an akhir MGM, Mindahu Mamapak, pertanding­an makanan tradisi Rungus dan lain-lain.

Orang ramai adakan dipelawa menyertai dan menghadiri sambutan perayaan Pesta Magahau 2017.

 ??  ?? TREACY (duduk) bersama Vivian (kiri) dan Lidinah (kanan) selepas diumum sebagai pemenang MGM Zon Pitas.
TREACY (duduk) bersama Vivian (kiri) dan Lidinah (kanan) selepas diumum sebagai pemenang MGM Zon Pitas.
 ??  ?? AMINAH menyampaik­an hadiah kepada naib johan Mitarab Monurizak, Ellys Emith.
AMINAH menyampaik­an hadiah kepada naib johan Mitarab Monurizak, Ellys Emith.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia