Utusan Borneo (Sabah)

Anak yatim Rumah Putera Harapan Kampung Lingkudau diraikan

-

PENGURUS Lohan Homestay Ranau, Jupirin Harun bersama krewnya meraikan sekumpulan anak yatim daripada Rumah Putera Harapan Kampung Lingkudau, Ranau yang diadakan di homestay beliau di Kampung Lohan, baru-baru ini.

Lebih 25 orang anak-anak yatim telah menghadiri majlis berkenaan yang diketuai sendiri oleh Pengurus Rumah Putera Harapan Ranau, Ustaz

Mohd. Sabri Abdullah dan tenaga pengajar daripada rumah itu.

Majlis tersebut diadakan rsempena rumah terbuka Aidil Fitri tahun 2017 beliau yang diraikan bersama semua keluarga dari Keningau, Kota Kinabalu dan Sandakan.

Pada majlis ringkas itu juga, Jupirin menyampaik­an sumbangan berupa keperluan makanan, wang tunai kepada pengurus Rumah Putera Harapan Kampung Lingkudau serta duit raya kepada anak-anak yatim.

Jupirin berkata, sudah menjadi hasrat dan niat beliau untuk mengadakan majlis bersama anak yatim setiap tahun di Homestay beliau di Kg.Lohan.

Katanya, Rumah anak Yatim Putera Harapan ketika ini memerlukan perbelanja­an sebanyak RM15,000 setiap bulan bagi menampung perbelanja­an keseluruha­n penghuni termasuk tenaga kerja yang bertugas di rumah berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Rumah Putera Harapan, Ustaz Mohd. Sabri yang berasal dari Batu Matupang, Ranau berkata penghuni Rumah Putera Harapan terdiri dari pelajar dari Tahun 1 – 6 dan Tingkatan 1 hingga 5 yang sedang belajar di sekitar sekolah yang berhampira­n di Pekan Ranau.

“Pihak kami sedang menyewa sebuah bangunan dengan kos sewaan RM2,500 sebulan,” katanya.

Rumah Putera Harapan pada ketika ini dibantu oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Ustaz Baharudin dan Ustaz Shahrul.

 ??  ?? AMAT Jutrah Haji Musnih, Puan Dang Normah Ayun dan Latipah Hj.Musnih menyerahka­n wang tunai sumbangan kepada Ustaz Mohd.Sabri Abdullah, Pengurus Rumah Putera Harapan Ranau.
AMAT Jutrah Haji Musnih, Puan Dang Normah Ayun dan Latipah Hj.Musnih menyerahka­n wang tunai sumbangan kepada Ustaz Mohd.Sabri Abdullah, Pengurus Rumah Putera Harapan Ranau.
 ??  ?? ANAK-anak yatim merakankan gambar kenangan bersama Keluarga Pengurus Lohan Homestay Ranau.
ANAK-anak yatim merakankan gambar kenangan bersama Keluarga Pengurus Lohan Homestay Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia