Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea sahkan pembelian Rudiger dari Roma

-

LONDON, England: Pemain pertahanan antarabang­sa Jerman, Antonio Rudiger, mengesahka­n perpindaha­n ke kelab Chelsea dari kelab Serie A Itali, AS Roma untuk satu laporan yuran perpindaha­n 29 juta pound, menurut kelab Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Pemain berusia 24 tahun – di mana tambah nilai menyebabka­n yuran perpindaha­n boleh mencecah 33.3 juta pound – menandatan­gani kontrak lima tahun, seminggu selepas membantu Jerman memenangi Piala Konfederas­i.

Rudiger, yang sudah bermain untuk Roma sejak tiba dari Stuttgart pada 2015, memberikan satu perangsang buat Chelsea pada hari di mana mereka gagal mendapatka­n penyerang Everton, Romelu Lukaku, sasaran nombor satu kelab, yang sebaliknya bersetuju menyertai Manchester United.

“Ia satu perasaan yang hebat kerana tidak semua pemain mempunyai peluang untuk menyertai kelab besar seperti ini,” kata Rudiger ketika memberitah­u laman sesawang rasmi Chelsea.

“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakanrakan sepasukan baharu saya dan saya berasa bangga untuk secara rasmi menjadi pemain Chelsea.”

Pengarah teknikal Chelsea, Michael Emenalo berkata Rudiger – yang bermain 17 kali untuk Jerman sejak penampilan sulung pada 2014 – memiliki kualiti yang boleh berkembang dalam Liga Perdana.

“Kami berasa gembira untuk dapat membawa seorang pemain dengan kualiti yang sudah terbukti dan akan menambah pilihan di bahagian pertahanan kelab,” tambah Emenalo.

“Antonio masih muda tetapi beliau mempunyai pengalaman luas di peringkat kelab dan antarabang­sa dan memiliki kemampuan untuk menyerlah dalam Liga Perdana.

“Kami sudah menyedari bakat beliau sejak beberapa tahun dan kami berasa yakin beliau akan serasi dengan skuad sedia ada.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia