Utusan Borneo (Sabah)

25 ahli PKR Kg Narawang sertai Upko

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Tindakan 25 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Barisan Nasional (BN) menerusi Upko DUN Paginatan umpama satu tamparan hebat bagi pembangkan­g, di sini.

Ia dilihat melemahkan perjuangan parti pembangkan­g tetapi memantapka­n lagi kekuatan sokongan rakyat kepada BN Ranau.

Penyertaan beramai-ramai itu diketuai bekas Ketua Wanita PKR Cawangan Kg Narawang, Jamasiah Rehimin, 57, yang menyerahka­n borang kemasukan kepada Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Georgina George disaksikan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Albert Bingkasan dalam satu majlis yang diadakan di rumah kediaman Jamasiah di Kg Narawang pada Isnin.

Turut hadir, AJK Kemulakan Upko Pusat Rayner Ebie, Jawatankua­sa Upko Malaysia Sualim Gopog, Pengerusi JKKK Nawang Nashion Abidi dan Ketua Kampung Ilias Yondolo.

Jamasiah berkata mereka mengambil keputusanu­ntukkeluar­secarabera­mairamai daripada PKR dan menyertai BN kerana tidak lagi percaya pada hala tuju masa depan parti pembangkan­g yang hanya memperjuan­gkan kepentinga­n tertentu.

“Kami sudah hilang kepercayaa­n dan sudah fikir masak-masak bahawa perjuangan bersama pembangkan­g hanya sia-sia sebab barisan pemimpinny­a pun tidak sehaluan, masing-masing dengan kepentinga­n sendiri.

“Kami keluar parti untuk menyertai BN bukanlah diberikan sebarang habuan, sebaliknya keputusan atas kesedaran, kerelaan dan keikhlasan hati kami sendiri,” jelasnya.

Jamasiah mengajak rakan yang lain supaya mengikuti jejak mereka meninggalk­an parti pembangkan­g dan menyertai BN yang ternyata boleh membela nasib rakyat.

Sementara itu, Albert menyeru rakyat supaya bijak menangkis pelbagai tohmahan pihak tertentu yang menyebarka­n pelbagai isu tidak sahih dan fitnah menerusi media sosial, hanya mengeliruk­an serta meracuni fikiran rakyat untuk membenci karajaan.

“Jesteru, pandai-pandailah kita memilih, menangkis dan menapis segala isu yang diketengah­kan golongan tertentu, sama ada sahih atau sebaliknya,” katanya.

 ??  ?? JAMASIAH (kiri) menyerahka­n borang kemasukan BN Upko kepada Georgina diperhatik­an Albert dan yang lain.
JAMASIAH (kiri) menyerahka­n borang kemasukan BN Upko kepada Georgina diperhatik­an Albert dan yang lain.
 ??  ?? ALBERT menerima cenderamat­a disampaika­n Jamasiah.
ALBERT menerima cenderamat­a disampaika­n Jamasiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia