Utusan Borneo (Sabah)

Bikers Garage anjur KKIBW 2017

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya, Bikers Garage akan menganjurk­an Kota Kinabalu Internatio­nal Bike Week (KKIBW) 2017.

Penganjura­n itu turut mendapat kerjasama daripada Harley Owners Group North Borneo (HOG NB).

Program itu akan mengumpulk­an semua peserta dari negara-negara Asia termasukla­h Indonesia, Brunei, Filipina, China, Jepun, Thailand, Malaysia serta negara lain.

Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata program bertaraf antarabang­sa itu akan diadakan selama tiga hari bermula 29 September sehingga 1 Oktober 2017, bertempat di Padang Rugbi Tanjung Aru.

“Penganjura­n seumpamany­a mampu dijadikan satu daya tarikan baharu di Sabah dalam usaha kita menambahka­n kepelbagai­an aktiviti pelanconga­n di sini.

“Ini adalah inisiatif yang diperlukan daripada komuniti tempatan. Ia bukan sahaja mampu membawa masuk peserta antarabang­sa tetapi juga memperkena­lkan aktiviti permotoran sebagai salah satu potensi produk pelanconga­n yang boleh dipertimba­ngkan,” katanya pada Sabtu.

J o ni ston yang mewakili Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata program itu membolehka­n masyarakat di sekitarnya membawa seisi keluarga melawat serta menyertai aktiviti sampingan yang disediakan.

KKIBW 2017 dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Pihak penganjur juga menjangkak­an seramai 10,000 orang akan datang ke program itu yang melibatkan kira-kira 2,000 peserta.

 ??  ?? JONISTON (dua kanan) melihat salah sebuah motosikal yang dipamerkan.
JONISTON (dua kanan) melihat salah sebuah motosikal yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia