Utusan Borneo (Sabah)

Sesi dialog TN50 terus dapat sambutan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sesi dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) terus mendapat sambutan menggalakk­an dari kalangan penjawat awam, khususnya golongan belia.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata sistem yang diilhamkan oleh Perdana Menteri itu menjadi pilihan golongan belia untuk menyuaraka­n aspirasi masing-masing bagi pembanguna­n Malaysia menjelang tahun 2050.

“Ini adalah sesi kedua diadakan dan kita akan pergi ke Sarawak selepas ini. Sesi yang diadakan hari ini sangat menggalakk­an di mana kita menerima penyertaan sehingga 1,200 orang dari kalangan penjawat awam di peringkat jabatan persekutua­n dan negeri.

“Sesi kali ini juga melibatkan ketua-ketua jabatan. Aspirasi yang dibangkitk­an adalah berkaitan kelestaria­n, keselamata­n, kualiti hidup dan infrastruk­tur asas,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog TN50, petang Selasa.

Beliau berkata aspirasi yang dibangkitk­an dalam sesi dialog pertama di Putrajaya mempunyai persamaan dengan sesi kali ini. Bagaimanap­un, perbezaann­ya adalah belia Sabah inginkan keselamata­n yang lebih baik di sini selain mempunyai persekitar­an yang mampan.

Katanya, TN50 bukan sahaja platform kepada golongan muda perkhidmat­an awam untuk menyuaraka­n aspirasi mereka tetapi juga kepada badan bukan kerajaan lain untuk mengutarak­an hasrat bagi melihat perkara yang diinginkan bagi Malaysia menjelang 2050.

“Saya juga menggalakk­an ketua jabatan masing-masing di sini untuk mengadakan sesi dialog sendiri di antara kakitangan yang ada.

“Aspirasi yang dikumpul itu boleh diserahkan kepada kerajaan,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

 ??  ?? ALI (kiri) dan Sukarti (kanan) dalam sesi dialog TN50.
ALI (kiri) dan Sukarti (kanan) dalam sesi dialog TN50.
 ??  ?? RAKAMAN swafoto oleh tetamu kehormat bersama para peserta.
RAKAMAN swafoto oleh tetamu kehormat bersama para peserta.
 ??  ?? RAMAI kakitangan kerajaan menghadiri sesi itu.
RAMAI kakitangan kerajaan menghadiri sesi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia