Utusan Borneo (Sabah)

IAB Sabah lahir pemimpin pendidikan berprestas­i tinggi

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Seramai 74 peserta ambilan 1/2017 berjaya menamatkan kursus untuk Program Kelayakan Profesiona­l Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang diadakan dari 6 Feb hingga 7 Julai.

Kursus anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah itu bertujuan melahirkan kepimpinan instruksio­nal yang berprestas­i tinggi dan berkualiti sebagai seorang pemimpin yang akan ditempatka­n di sekolahsek­olah sebagai guru besar atau pengetua di masa akan datang.

Kejayaan kursus itu tidak terlepas daripada peranan yang dimainkan oleh Pengarah IAB Cawangan Sabah Liew Yeok Leng serta Timbalan PengarahBe­rnadetteJo­hnyang sentiasa komited dan prihatin meningkatk­an prestasi peserta kursus NPQEL di samping kursus lain yang dianjurkan oleh IAB Cawangan Sabah.

Selain itu, pensyarah pensyarah kanan juga memainkan peranan yang penting dalam mempastika­n kejayaan setiap peserta NPQEL khasnya di Sabah.

Manakala, Penyelaras NPQEL Cawangan Sabah Madzani Saidie @Nusa pula sentiasa komited bagi mempastika­n kejayaan kursus itu berjalan lancar dan teratur.

Peserta NPQEL, Ahmad Roshni Haji Khalid menyifatka­n IAB Cawangan Sabah mampu meningkatk­an kualiti kepimpinan dalam kalangan guru besar dan pengetua melalui kursus yang diadakan.

“Apa yang diharapkan oleh peserta kursus ialah agar Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah dapat dilengkapi dengan prasarana yang kondusif untuk kemudahan peserta di masa masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? PESERTA NPQEL ambilan 1/2017 tamat kursus di IAB Cawangan Sabah
PESERTA NPQEL ambilan 1/2017 tamat kursus di IAB Cawangan Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia