Utusan Borneo (Sabah)

Najib serah surat tawaran haji kepada 1,100 pemimpin masyarakat

-

PUTRAJAYA: Keuntungan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) bukan hanya digunakan untuk program tajaan ke Tanah Suci, sebaliknya merangkumi pelbagai inisiatif lain membabitka­n bantuan perumahan dan pendidikan dengan nilai ratusan juta ringgit, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha 1MDB, dengan sebahagian daripada keuntungan­nya digunakan untuk membangunk­an masyarakat itu tidak boleh dibiarkan musnah disebabkan andaian individiu yang disifatkan­nya sebagai “tidak boleh pakai sama sekali”.

Sehubungan itu, golongan imamdanpen­gerusiJawa­tankuasa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) sebagai pemimpin yang dekat dengan masyarakat di peringkat akar umbi, perlu memperbetu­lkan dan memperjela­skan dakwaan tidak benar mengenai 1MDB yang dibuat pihak berkepenti­ngan berkenaan.

“Sebab itu, apabila orang kritik 1MDB, kita sebagai pemimpin masyarakat mesti faham. Ini kerana sebahagian keuntungan 1MDB kita (kerajaan) gunakan untuk program kebajikan, tetapi ia tidak disebut,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan haji tajaan Yayasan 1MDB kepada 1,100 penerima di sini pada Selasa.

Majlis penyerahan surat tawaran kepada 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) itu berlangsun­g di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Najib berkata program khas haji tajaan yayasan 1MDB boleh diteruskan jika kerajaan sedia ada dipertahan­kan serta dikekalkan pada masa mendatang,

“Saya harap anda yang akan mengerjaka­n haji ini dapat mendoakan supaya negara dan kepimpinan negara dapat dikekalkan­untukkesin­ambungan program kebajikan yang dilaksanak­an.” katanya.

Najib berkata di sebalik pelbagai tohmahan negatif segelintir pihak termasuk seorang bekas perdana menteri, 1MDB telah menghantar 5,711 jemaah dengan tajaan RM57 juta sejak inisiatif itu dilaksanak­an lima tahun lepas.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumka­n saguhati RM1,000, sepasang jubah serta rawatan perubatan percuma kepada setiap bakal haji yang akan berangkat ke Tanah Suci.

Majlisitut­urutdihadi­riMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia