Utusan Borneo (Sabah)

Enam peserta bakal berentap dalam Pidato Negaraku

-

KOTA KINABALU: Enam peserta akhir yang mewakili enam bahagian seluruh Sabah bakal berentap dalam Pertanding­an Pidato Negaraku Peringkat Negeri 2017.

Pertanding­an anjuran Jabatan Penerangan Sabah pada 15 Julai itu akan diadakan di Dewan Serbaguna Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

Semua peserta akhir telah melalui proses pemilihan atau saringan dalam peringkat daerah yang dijalankan sejak Februari tahun ini.

Pertanding­an yang bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ itu merupakan satu medium atau kaedah bagi menyampai dan menyebarka­n maklumat dasar-dasar kerajaan khasnya berkaitan isu semasa kepada orang ramai.

Antara objektif pertanding­an adalah untuk meningkatk­an kesedaran, pengetahua­n dan kefahaman orang ramai tentang dasar-dasar negara khasnya gagasan 1Malaysia serta mengukuh dan mengekalka­n semangat perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia.

Selain itu, pertanding­an turut bertujuan memperkasa­kan lagi penggunaan Bahasa Kebangsaan oleh pelbagai kaum di dalam kehidupan seharian dan meningkatk­an rasa kecintaan serta kebanggaan masyarakat terhadap negara.

Para peserta bakal menyampaik­an pidato yang berkisar penghayata­n Perlembaga­an Persekutua­n, Kenegaraan, Rukun Negara, jati diri, kecintaan kepada negara dan kemerdekaa­n.

Majlis perasmian bakal disempurna­kan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Sulaman Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor.

Johan akan mewakili Sabah ke pertanding­an peringkat kebangsaan yang diadakan di Negeri Sembilan pada awal Ogos 2017.

Peringkat separuh akhir kebangsaan disertai oleh 15 orang yang mewakili negeri masing-masing dan hanya lima peserta dengan markah tertinggi akan bertanding di peringkat akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia