Utusan Borneo (Sabah)

Perancang perkahwina­n didakwa menipu urus majlis kahwin

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menipu seorang wanita boleh menguruska­n majlis perkahwina­n.

Mohd Sufrizansy­ah Sidik, 25, yang dihadapkan di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Oleh itu, mahkamah menetapkan pada 8 Ogos sebagai sebutan semula kes terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tertuduh sebagai perancang perkahwina­n didakwa menipu mangsa berusia 25 tahun sehingga menyerahka­n wang sebanyak RM9,500 kepadanya.

Kesalahan itu dilakukan pada 25 Oktober tahun lalu jam 2 petang, di Butik D Kota Wedding Planner, Kompleks Karamunsin­g, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum setahun dan maksimum sepuluh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 17 Julai sebagai sebutan semula kes terhadap seorang lelaki yang didakwa memiliki harta curi.

Keputusan itu dilakukan terhadap Mohd Nur Afian, 19, selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara sehingga tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh berada dalam milikannya pelbagai jenis perasa vape pada 5 Mei antara jam 1 pagi hingga jam 10 pagi, di sebuah salun, Jalan Sulaman Central, Sepanggar, di sini.

Bagaimanap­un tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh dan diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan pada 25 Julai sebagai sebutan semula kes terhadap Muhammad Jim Amilhawa, 42, yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang sama.

Jessica membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM2,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan, sementara menunggu kes berkenaan selesai.

Sementara itu, seorang penganggur berusia 23 tahun dikenakan penjara sepuluh bulan oleh mahkamah, atas kesalahan menyimpan sebuah motosikal curi, milik seorang lelaki.

Suhaimi Amir Hassan mengaku bersalah melakukan kesalahan itu bersama dengan seorang yang masih bebas, pada 7 Julai jam 11.30 pagi di sebuah rumah, Kampung Kalansanan, Inanam, di sini.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Pengadu membuat laporan polis, menyedari motosikal yang diletakkan di hadapan rumah hilang pada 5 Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia