Utusan Borneo (Sabah)

Ugut dengan niat mencederak­an, lelaki didenda RM 6,000

- Oleh NURASYIKIN HAMZA Pelatih UMS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM6,000 atau penjara empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, atas dua kesalahan mengugut akan mencederak­an abang dan adiknya.

Abel Jinius dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayunsel­epasmengak­ubersalah melakukan kesalahan itu.

Tertuduh menggugut akan mencederak­an Peter Jinius, 65, dan Obed Albert Jinius, 57, dan membakar rumah mereka pada 3 Julai jam 8 malam di rumah tidak bernombor, Kampung Kabau, Penampang.

Atas kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, penjara sehingga tempoh dua tahun, denda atau dengan kedua-dua sekali.

Untuk setiap pertuduhan, mahkamah mengenakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua bulan terhadap tertuduh.

Hasil siasatan, pengadu (abang tertuduh) dan tertuduh tinggal di rumah yang sama, namun tertuduh sering mengamuk dan membuat kacau.

Pada hari kejadian, ketika beliau sedang tidur di tingkat atas, tiba-tiba tertuduh naik dan menyalahka­n pengadu kerana tempatnya di tingkat bawah tidak mempunyai elektrik.

Tertuduh menumbuk pipi kiri abangnya sebanyak tiga kali lalu mengugut akan mencederak­an dan membakar rumah mereka.

Sejurus itu, pengadu yang ketakutan membuat laporan di balai polis berhampira­n pada hari yang sama.

Pengadu mengatakan tertuduh sudah banyak kali mengamuk dan beliau sering memberikan peluang kepada adiknya.

Dalam rayuan, tertuduh mengatakan berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar akan perlakuann­ya.

Pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia