Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengaku tidak bersalah menyamar polis

-

KOTA KINABALU: Seorang lelakiyang­didakwamen­yamar sebagai seorang anggota polis, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Majistret di sini.

Oleh itu, Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 8 Ogos sebagai sebutan semula kes terhadap Mohd Shafiee Mohd Shah, 32.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang menyamar sebagai penjawat awam berkenaan memeriksa seorang lelaki, di Masjid Jamek, Likas, di sini, pada 4 Julai.

Sekiranya disabitkan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, penjara sehingga tempoh dua tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Sementara itu, seorang lagi lelaki dikenakan penjara 12 bulan dan denda RM2,000 oleh mahkamah, selepas mengaku bersalah membantu melupuskan sebuah televisyen dipercayai harta curi.

Kho Luk Sun, 24, didapati melakukan kesalahan itu pada 15 Mei jam 10 pagi di sebuah rumah, Kampung Warisan, Inanam, di sini.

Jika gagal membayar denda berkenaan, penjara selama tempoh dua bulan dilanjutka­n ke atas tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Semasa rayuan, Kho memohon hukumannya diringanka­n kerana sudah menyesal dan meminta hanya dikenakan denda.

Namun, Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kapit menegaskan hukuman setimpal perlu dijatuhkan ke atas tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia