Utusan Borneo (Sabah)

Pembantu rumah gantung diri di jendela

Guna tuala putih diikat pada jeriji besi

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis mencatatka­n satu lagi kes gantung diri membabitka­n pembantu rumah di Taman Yun Kiong, di sini, menjadikan tiga kes bunuh diri diterima sejak awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata mangsa yang juga seorang pembantu rumah dikenali sebagai Tresia Paulus, 42, ditemukan tergantung di dalam biliknya pagi Selasa.

“Kejadian jam 6 pagi itu disedari majikan mangsa yang ingin mengejutka­n mangsa untuk memulakan kerja harian.

“Mangsa dilihat berada dalam keadaan tergantung menggunaka­n tuala putih di bahagian jeriji jendela.

“Majikannya mengesyaki mangsa sudah meninggal dunia selepas menyentuh tangan mangsa yang sejuk,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudianny­a dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

“Hasil pemeriksaa­n di lokasi kejadian iaitu bilik hadapan mendapati tiada apaapa kesan fizikal pada badan mangsa yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah,” katanya, sambil menyatakan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Chandra berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai membunuh diri kerana kecewa keluargany­a tidak bersetuju dia berkahwin dengan pilihannya.

“Kejadian jam 6 pagi itu disedari majikan mangsa yang ingin mengejutka­n mangsa untuk memulakan kerja harian. ” ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? TUALA putih pada grill jendela iaitu lokasi mangsa dilihat tergantung oleh majikannya. Manakala gambar kecil mangsa Tresia Paulus.
TUALA putih pada grill jendela iaitu lokasi mangsa dilihat tergantung oleh majikannya. Manakala gambar kecil mangsa Tresia Paulus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia