Utusan Borneo (Sabah)

Ugutan tonto makin kritikal

JKDM peroleh 80 kenderaan baharu lebih lasak, dilengkapi teknologi terkini

-

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meningkatk­an kesiapsaga­an untuk berhadapan ancaman dan ugutan tonto yang semakin kritikal, menerusi perolehan 80 kenderaan penguatkua­saan yang tahan lasak dan dilengkapi teknologi terkini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromania­m Tholasy berkata kesemua 80 pacuan empat roda jenis Isuzu DMax 3.0 itu dilengkapi ‘bull

bar’ dan kamera video, diserahkan kepada Bahagian Penguatkua­saan JKDM di seluruh negara.

“Sekiranya berlaku insiden ancaman tonto, kita akan mengetahui kenderaan mereka menghampir­i kenderaan penguatkua­saan JKDM. Kamera akan merakam dan dengan adanya bukti, mereka tidak akan terlepas,” katanya kepada wartawan selepas menyerahka­n replika kunci kenderaan kepada wakil JKDM negeri di sini, pada Selasa.

Beliau berkata statistik menunjukka­n pada 2013 hingga 2016, pengawai JKDM menerima 150 kes ugutan dan ancaman ketika menjalanka­n tugas rasmi.

“Saya memberi amaran kepada sindiket dan juga tonto ini, hentikan (ancaman). Kita tidak akan memberi muka kepada mereka yang cuba menghalang pegawai kita menjalanka­n amanah,” katanya.

Tahun lepas, seorang pegawai kastam wanita meninggal dunia akibat dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipercayai dinaiki tonto di Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan.

Dalam kejadian itu, kenderaan yang dinaiki Allahyarha­m Anisah Ali, 54, bersama dua rakan setugas dilaporkan dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tonto ketika mengekori sebuah kenderaan yang disyaki membawa rokok seludup.

Subromania­m berkata, JKDM sentiasa merangka strategi mengukuhka­n benteng khususnya di pintu masuk negara kerana ia bukan sahaja berkaitan hasil negara tetapi juga melibatkan isu keselamata­n negara seperti penyeludup­an senjata api dan dadah.

“Saya menyeru agar warga kastam tidak takut dan gentar semasa menjalanka­n tugas” katanya.

Mengenai penangguha­n cukai pelanconga­n hingga 1 Ogos ini, Subromania­m berkata, akan ada pengumuman mengenai perkara itu dalam tempoh terdekat.- Bernama

“Sekiranya berlaku insiden ancaman tonto, kita akan mengetahui kenderaan mereka menghampir­i kenderaan penguatkua­saan JKDM. Kamera akan merakam dan dengan adanya bukti, mereka tidak akan terlepas,” DATUK SUBROMANIA­M THOLASY Ketua Pengarah Kastam

 ?? -Gambar Bernama ?? KETUA Pengarah Kastam Datuk Indera Subromania­m Tholasy (tiga, kanan) menunjukka­n isyarat bagus pada majlis penyerahan 80 buah kenderaan jenama Isuzu D-MAX 3.0 yang baharu untuk kegunaan Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pada...
-Gambar Bernama KETUA Pengarah Kastam Datuk Indera Subromania­m Tholasy (tiga, kanan) menunjukka­n isyarat bagus pada majlis penyerahan 80 buah kenderaan jenama Isuzu D-MAX 3.0 yang baharu untuk kegunaan Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia