Utusan Borneo (Sabah)

Siasatan kes pelajar tahfiz diteruskan

-

JOHOR BAHRU: Polis akan meneruskan kertas siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaadafi, April lalu, selagi belum mendapat kata putus daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Azman Ayob berkata keputusan untuk menutup kes berkenaan bergantung kepada saranan pihak pendakwaan.

“Sekarang kita sedang menunggu laporanbed­ahsiasatse­belummenda­patkan nasihat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas jawatannya di sini, pada Selasa.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes tersebut masih berjalan.

Pada Isnin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumka­n hasil keputusan bedah siasat mendapati kematian kanak-kanal berusia 11 tahun itu disebabkan penyakit kencing tikus dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang ditularkan.

“Kematian mangsa dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentuka­n bekuan darah mikro (microthrom­bi) di seluruhsal­urandarahy­angmengaki­batkan perubahan warna kulit dan kegagalan organ untuk berfungsi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata hasil keputusan bedah siasat itu akan dimaklumka­n kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mohamad Thaqif meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April lalu sebelum sempat menjalani pembedahan­memotongta­ngankanann­ya, yang dijangkiti bakteria selepas cedera didakwa didera seorang pembantu warden Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, dekat sini.

Sebelum itu, kedua-dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama.

Dalam pada itu, Azman, bekas Ketua Polis Daerah Muar, mengambil alih tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor daripada Datuk Kamarul Zaman Mamat yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Pelucuthak­an/ Harta/Perundanga­n/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Majlis serah tugas itu disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.- Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? KETUA Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menyaksika­n bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor yang baharu, SAC Azman Ayob (kanan) pada...
-Gambar Bernama KETUA Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menyaksika­n bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor yang baharu, SAC Azman Ayob (kanan) pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia