Utusan Borneo (Sabah)

Datuk Noor Azam Ketua Polis Negeri Sembilan baharu

-

SEREMBAN: Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman DCP Datuk Noor Azam Jamaludin dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan baharu, berkuat kuasa pada Selasa.

Noor Azam, 57, mengambil alih tugas berkenaan daripada DatukJaafa­rMohdYusof­yang bersara wajib (60 tahun).

Majlis serah terima tugas berlangsun­g di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini dengan disaksikan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman CP Datuk Abd Manan Mhd Hassan.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Muhamad Zaki Harun dan isteri Datin Suzana Yashin.

Majlis terbabit turut menyaksika­n serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Negeri Sembilan daripada Datin Zawiah Abdul Malek kepada Datin Roshafiza Abd Halim yang disaksikan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman SAC Nerita Yaacob (mewakili isteri Abd Manan).

Noor Azam yang berasal dari Alor Setar, Kedah berkata beliau berazam untuk meneruskan usaha yang dilakukan bekas Ketua Polis Negeri Sembilan terdahulu bagi menurunkan kadar jenayah di negeri ini.

“Untuk mencapai hasrat itu saya akan mengadakan beberapa program seperti berdamping rapat dengan masyarakat dan menumpukan perhatian terhadap kilangkila­ng. Untuk kilang ini kita akan memperkena­lkan pengawasan kejiranan, yang mana kita akan bahagikan kilang-kilang ini mengikut zon.

“Pihak pengurusan kilang terbabit dikehendak­i mengadakan mesyuarat tiga bulan sekali, yang mana agensi kerajaan terlibat akan dipanggil untuk menyelesai­kan masalah. Saya jugaakanme­mberifokus­usaha membantera­s jenayah utama di daerah-daerah. Tindakan itu mungkin berbeza-beza mengikut daerah,” katanya.Bernama

 ??  ?? NOOR AZAM
NOOR AZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia