Utusan Borneo (Sabah)

Skim Kawalan Harga Aidilfitri: Terengganu rekod 14 kes

-

KUALA TERENGGANU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Terengganu merekodkan 14 kes kesalahan sepanjang operasi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2017 di negeri ini.

Pengarahny­a Azlan Abdul Samat berkata daripada jumlah itu, Besut merekodkan kesalahan tertinggi dengan sembilan kes diikuti empat di Dungun dan satu kes di Kuala Terengganu.

“Kesalahan yang dilakukan ialah tidak meletak tanda harga dan kesemua mereka dikenakan kompaun sertamerta RM100 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Kompaun terpaksa dikenakan terhadap mereka kerana walaupun telah diberi nasihat, mereka masih mengulangi kesalahan sama,” katanya kepada pemberita di sini.

Sepanjang skim kawalan harga itu berlangsun­g, KPDNKK Terengganu telah membuat pemeriksaa­n di 58 premis pemborong dan 830 premis peruncit di seluruh negeri.

Azlan berkata secara keseluruha­nnya, peniaga dan pemborong mematuhi semua harga yang ditetapkan kerajaan dalam skim kawalan baru-baru ini.

“Apabila harga di peringkat pemborong terkawal, secara tidak langsung peniaga dapat menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya hanya menerima satu aduan mengenai jualan di Bazar Ramadan iaitu nasi beriani di Kemaman yang dijual agak mahal.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia