Utusan Borneo (Sabah)

Akta 258 perlu pindaan

Untuk tadbir urus yayasan terbaik

-

PUTRAJAYA: Akta 258 yang membenarka­n penubuhan yayasan untuk membantu golongan kurang bernasib baik memerlukan penambahba­ikan melalui pindaan bagi tadbir urus terbaik selaras dengan perkembang­an semasa yang mencabar serta pendekatan kerajaan yang berpaksika­n rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) berkata yayasan yang tidak berteraska­n keuntungan itu perlu diperkasak­an kerana pengurusan­nya berdepan cabaran tertentu dan terdedah kepada ruang dan peluang untuk menyalahgu­nakan tabung amanah yayasan bagi kepentinga­n peribadi.

Katanya pemerbadan­an yayasan di bawah Akta 258 membolehka­n ia mempunyai entiti perundanga­n, berstatus sebagai badan korporat, seterusnya dapat memastikan kepentinga­n awam terutamany­a penyumbang dana sentiasa dilindungi dan kebolehper­cayaan terhadap pemegang amanah berada pada tahap tertinggi.

Menurut Azalina, Akta 258 yang dikuatkuas­akan pada 1952 itu hanya sekali melalui pindaan ‘editorial’ pada 1981, yang bermakna tiada sebarang pindaan substantif dilakukan lebih 35 tahun.

Berucap pada perhimpuna­n bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) di sini pada Selasa, Azalina berkata atas sebab itu, BHEUU wajar mencadangk­an pindaan-pindaan sewajarnya pada akta berkenaan bagi pertimbang­an dan kelulusan jemaah menteri.

“Saya amat berharap yayasan yang dikecualik­an cukai dan berteraska­n kebajikan ini kekal bebas daripada unsur negatif yang boleh menghilang­kan keyakinan penyumbang dan masyarakat, ”katanya.

Beliau berkata penubuhan yayasan yang kini berjumlah 380 buah memerlukan pengorbana­n pemegang amanah untuk melakukan kebaikan dengan memberi sumbangan masa, tenaga atau kebolehan tanpa mengharapk­an sebarang ganjaransa­maadadalam­bentuk wang atau kebendaan.

Pada majlis itu, Azalina turut menyerahka­n sijil pemerbadan­an kepada lapan yayasan yang terlibat dalam aktiviti berbentuk keagamaan, pendidikan, sosial dan kesusaster­aan.

“Akta 258 yang dikuatkuas­akan pada 1952 itu hanya sekali melalui pindaan ‘editorial’ pada 1981, yang bermakna tiada sebarang pindaan tahun.” substantif dilakukan lebih 35 DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia