Utusan Borneo (Sabah)

Hospital Rembau siap 68 peratus

-

REMBAU: Pembinaan Hospital Rembau dengan kos RM108 juta dijangka siap sepenuhnya pada 29 Dis tahun ini.

Wakil Pegawai Penguasa Utama Pasukan Projek Khas (Bangunan) Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur Rohaya Abdul Mois berkata setakat ini kemajuan pembinaan hospital berkenaan berada ditahap 68 peratus.

“Kontraktor utama amat komited untuk membuat enam peratus (kemajuan pembinaan) sebulan... maknanya akhir bulan November dah siap dan ada sebulan lagi untuk kita buat ujian. Projek ini dari segi struktur siap mengikut tarikh kontrak iaitu 29 Dis 2017,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan tapak hospital itu.

Turut hadir Exco Pendidikan dan Kesihatan Datuk Shamshulka­har Mohd Deli, Exco Modal Insan, Belia dan Sukan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Chembong Datuk Zaifulbahr­i Idris dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zainudin Mohd Ali.

Projek pembanguna­n Hospital Rembau dengan kapasiti 76 buah katil ini dibina di tanah seluas 19.4 hektar di Chembong, Rembau.

Hospital berkenaan kelak akan dilengkapi kemudahan terkini di dalam wad, wad bersalin, pusat Rehabilita­si dan dewan bedah.

Sementara itu, Dr Zainudin berkata dengan terbinanya Hospital Rembau telah menjadikan Negeri Sembilan satu-satunya negeri yang mempunyai hospital di setiap daerah.

Negeri Sembilan mempunyai tujuh daerah iaitu Tampin, Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

“Ini sekaligus akan membolehka­n perkhidmat­an kesihatan dapat diberikan dalam skop yang luas seperti wad bersalin. Jadi tidak perlu lagi ke Seremban atau Tampin untuk bersalin lepas ini dan (hospital ini) disokong oleh wad kanak-kanak, wad lelaki dan wad perempuan,” katanya.

 ?? GambarBern­ama ?? SHAMSULKAH­AR (tiga, kiri) dan Zaifulbahr­i (dua, kanan) melihat pelan tapak projek pembanguna­n Hospital Rembau di Chembong pada Selasa. Turut hadir Dr Zainudin (dua, kiri) dan Rohaya (tiga, kanan).
GambarBern­ama SHAMSULKAH­AR (tiga, kiri) dan Zaifulbahr­i (dua, kanan) melihat pelan tapak projek pembanguna­n Hospital Rembau di Chembong pada Selasa. Turut hadir Dr Zainudin (dua, kiri) dan Rohaya (tiga, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia