Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kemudahan perumahan, persekitar­an demi kesejahter­aan keluarga

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meningkatk­an keperluan perumahan dan persekitar­an selesa bagi mencapai indeks kesejahter­aan keluarga yang lebih baik, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata berdasarka­n kajian Indeks Kesejahter­aan Keluarga Malaysia (IKK) 2016, domain perumahan dan persekitar­an mencatatka­n skor terendah iaitu 6.24 daripada skala maksimum 10 berbanding tujuh domain lain yang terdapat dalam kajian itu.

“Kajian IKK 2016 menunjukka­n penduduk Malaysia masih memerlukan kemudahan perumahan yang mampu dimiliki tidak kira di kawasan kampung, mahupun bandar kerana dengan adanya rumah sendiri, kesejahter­aan hidup keluarga di negara ini akan bertambah baik.

“Kemudahan yang menjamin persekitar­an yang bersih dan selesa juga perlu disediakan bagi membolehka­n penduduk Malaysia menikmati kehidupan selesa tanpa pencemaran,” katanya selepas menjadi tetamu dalam program 911 siaran Bernama News Channel sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2017, pada Selasa.

Tujuh domain lain dalam kajian IKK 2016 ialah Keluarga, Peranan Agama dan Amalan Kerohanian (8.04), Keselamata­n Keluarga (7.96), Hubungan Kekeluarga­an (7.90), Keluarga dan Keterlibat­an Komuniti (7.84), Kesihatan Keluarga (7.18), Ekonomi Keluarga (7.05) serta Keluarga dan Teknologi Komunikasi (6.38).

Rohani berkata susulan kajian itu pihaknya menghantar laporan kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri agar tindakan bersesuaia­n dapat dilakukan di negeri masing-masing bagi meningkatk­an kesejahter­aan keluarga di negara ini, sekali gus menaikkan skor indeks kajian IKK 2018 nanti.

Sementara itu, beliau berkataber­sempenasam­butan Hari Penduduk Sedunia 2017, program kemasyarak­atan Ekofamili 2017 akan dijalankan sepanjang Julai bagi meningkatk­an kesejahter­aan keluarga dan komuniti setempat.

 ?? GambarBern­ama ?? ROHANI (kanan) ketika program bual bicara rancangan Nine11 Bernama News Channel (BNC) yang dihoskan Nik Suriani Megat Deraman (tengah) dan Masrenny Masri.
GambarBern­ama ROHANI (kanan) ketika program bual bicara rancangan Nine11 Bernama News Channel (BNC) yang dihoskan Nik Suriani Megat Deraman (tengah) dan Masrenny Masri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia